Utusan Borneo (Sabah)

Budaya warisan bentuk identiti rakyat Sarawak

Budaya dan bahasa ibunda penduduk asal di negeri ini masih relevan dalam abad ke-21

-

Budaya warisan kita adalah penting. Ia membantu membentuk identiti kita. Kita harus melihat budaya warisan kita, termasuk bahasa (ibunda) sebagai asas identiti kita dipelihara serta dikembangk­an. DATUK PATINGGI TAN SRI ADENAN SATEM Ketua Menteri

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem berkata budaya dan bahasa ibunda penduduk asal di Sarawak khasnya masih relevan dalam abad ke-21.

Ini kerana katanya, budaya warisan merupakan aspek penting kerana ia membantu membentuk identiti rakyat Sarawak yang pelbagai tetapi masih dapat hidup harmoni.

“Budaya warisan kita adalah penting. Ia membantu membentuk identiti kita.

“Kita harus melihat budaya warisan kita, termasuk bahasa (ibunda) sebagai asas identiti kita dipelihara serta dikembangk­an,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibaca Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas ketika merasmikan Persidanga­n Pendidikan Penduduk Asal Malaysia Ke-2 (MIPCE2) di Damai Beach Resort dekat sini pada Selasa.

Justeru beliau mahu ketua masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan ( NGO) mengetuai usaha mempromosi serta mengajar bahasa ibunda dalam kalangan komuniti masing-masing.

Pada masa sama katanya, sistem pendidikan di negara ini seharusnya menyediaka­n ruang untuk membangun budaya warisan serta bahasa ibunda penduduk asal.

Katanya kanak- kanak penduduk asal di negara ini amnya yang bersekolah, datang daripada latar belakang budaya serta linguistik dan ia mesti dilihat sebagai sumber penting.

“Saya amat gembira dengan usaha-usaha mempromosi dan mengajar bahasa ibunda dalam kalangan etnik di Malaysia telah dilakukan, kini mula menunjukka­n kejayaanny­a.

“Bahasa Iban kini diajar di sekolah, kolej dan universiti. Baru-baru ini Yayasan Budaya Dayak (DCF) dengan usaha sama Yayasan Tun Jugah menerbitka­n kamus Bahasa Iban- Bahasa Inggeris untuk mendokumen­kan leksikon Iban serta memudahkan bahasa itu dikuasai dengan baik oleh penduduk asli dan bukan asli,” katanya.

Justeru beliau menggesa komuniti lain mengikut jejak langkah kaum Iban mendokumen­tasi kan bahasa serta dialek mereka.

Tambahnya, kaum Bidayuh menerusi Kesatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh ( DBNA) memperkena­lkan Prasekolah dan Tadika Bahasa Warisan Bidayuh selain menerbitka­n buku ‘Words Book for Bidayuh’.

Manakala di Semenanjun­g Malaysia katanya, bahasa Semai diajar di sekolah-sekolah dari darjah satu hingga enam (2015).

Bahasa Kadazandus­un sama seperti bahasa Iban, kini diajar kepada pelajar tingkatan satu hingga lima, kolej dan di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI).

“Pendidikan bahasa ibunda tidak bermakna kemunduran. Kajian menunjukka­n kita tidak perlu mengorbank­an bahasa dan budaya untuk cemerlang di sekolah.

“Bahasa ibunda adalah sumber amat berkuasa untuk belajar, suatu yang harus dimanfaatk­an kerana kanak- kanak dapat mempelajar­i kemahiran-kemahiran asas dengan lebih baik menggunaka­n bahasa ibunda masing-masing,” katanya.

Mengenai persidanga­n itu, Adenan berkata ia sangat relevan kepada semua pihak lebihlebih lagi Sarawak kerana ia mempunyai peratusan penduduk asal paling tinggi di Malaysia, iaitu kira-kira 27 suku kaum.

“Saya yakin persidanga­n ini akan menyediaka­n peluang dan tempat untuk pembentang kertas kerja dan ketua masyarakat berkongsi cerita, perjuangan dan visi untuk mempromosi­kan penggunaan bahasa ibunda dalam pengajaran serta pembelajar­an,” katanya.

Hadir sama Pengerusi MIPCE 1 yang juga Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Mulia, Ketua Penasihat DBNA yang juga Menteri Belia, Sukan dan Solidariti Dato Sri Michael Manyin Jawong, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri ( DUN) Sarawak merangkap Penasihat Persekutua­n Persatuan Orang Ulu Datuk Gerawat Gala, wakil Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (UNICEF) di Malaysia Marianne Clark Hattingh dan pengerusi penganjur merangkap Presiden DBNA Datu Ik Pahon Joyik.

 ??  ?? UGGAH mewakili Adenan merasmikan MIPCE2. Turut kelihatan (dari kanan) Ik Pahon, Pandikar Amin, Marianne, Manyin dan Gerawat.
UGGAH mewakili Adenan merasmikan MIPCE2. Turut kelihatan (dari kanan) Ik Pahon, Pandikar Amin, Marianne, Manyin dan Gerawat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia