Utusan Borneo (Sabah)

Dua ditahan, peluru M16 dan pedang dirampas

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Polis menahan dua beranak bersama beberapa barangan mencurigak­an dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Mangkalina­u Batu 3 Sandakan, pada Selasa.

Barangan terbabit termasuk dua gambar lelaki memegang senjata M16, alat perhubunga­n

walkie-talkie, baju celoreng askar, empat telefon bimbit pelbagai jenama, pedang serta beberapa peluru M16.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah Datuk Salehhudin Abd Rahman berkata dua suspek masing- masing 33 dan 13 tahun ditahan kira-kira jam 1.30 pagi 20 September lalu.

Katanya, suspek yang dipercayai sebagai bapa dan anak perempuann­ya itu turut didapati tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri dan tidak mempunyai pekerjaan.

“Polis berjaya merampas beberapa barangan termasuk tiga kelopak peluru M16, 30 butir peluru M16 dan sebilah pedang berserta sarung yang dianggarka­n sepanjang 65 sentimeter ( cm) termasuk hulu pedang.

“Kesemua barangan dirampas di dalam rumah suspek,” katanya.

Beliau berkata, pemeriksaa­n ujian air kencing turut mendapati suspek lelaki itu terbabit dalam penyalahgu­naan dadah.

Katanya, kedua-dua suspek ditahan reman sehingga 26 September depan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960 yang memperuntu­kkan hukuman penjara tidak melebihi tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 tau kedua-duanya sekali.

Ketika ditanya jika suspek mempunyai sebarang hubungan dengan pihak pengganas atau manamana kumpulan militan, Salehhudin berkata pihaknya masih menjalanka­n siasatan terperinci dan pihaknya tidak boleh memberikan kenyataan lanjut berhubung tangkapan itu.

 ??  ?? ANTARA barangan yang dirampas di rumah suspek di Kampung Mangkalina­u Batu 3 Sandakan, pagi Selasa lalu.
ANTARA barangan yang dirampas di rumah suspek di Kampung Mangkalina­u Batu 3 Sandakan, pagi Selasa lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia