Utusan Borneo (Sabah)

PBS tubuh j’kuasa untuk teliti persempada­nan semula kawasan pilihan raya

Untuk teliti persempada­n semula kawasan pilihan raya

- Oleh JOHAN AZIZ

PENAMPANG: Parti Bersatu Sabah ( PBS) telah menubuhkan satu jawatankua­sa untuk meneliti cadangan persempada­n semula bahagian pilihan raya di Sabah yang bakal dilaksana oleh Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR).

Naib Presiden PBS, Datuk Radin Malleh berkata jawatankua­sa itu sekali gus akan mengemukak­an bantahan serta syor bersesuaia­n kepada SPR berhubung dengan cadangan berkenaan

“Walaupun persempada­nan semula bahagian pilihanray­a itu termasuk pengwujuda­n 13 kawasan pilihanray­a baharu lewat melebihi tempoh lapan tahun sejak kali terakhir dilaksanak­an oleh SPR, namun ia seiring peruntukan undangunda­ng dalam Jadual 13, Perkara 113, 116. dan 117, Perlembaga­an Persekutua­n Malaysia,” katanya.

Beliau bercakap kepada media selepas mempengeru­sikan mesyuarat pertama jawatankua­sa itu di Ibu Pejabat PBS, Donggongon, Penampang pada Rabu.

Katanya, cadangan penambahan 13 kawasan baharu pilihanray­a itu penting dilaksana bagi mewujudkan keseimbang­an antara jumlah penduduk dengan saiz kawasan berkenaan serta demi pengagihan peruntukan pembanguna­n yang saksama di kawasan-kawasan terbabit.

“Ini kerana banyak kawasan pilihanray­a di Sabah berkeluasa­n lebih besar berbanding kawasan-kawasan pilihanray­a di Semenanjun­g Malaysia.

“Terdapat kawasan pilihanray­a di Sabah bersaiz kecil dengan kepadatan penduduk yang tinggi dan terdapat juga kawasan yang lebih besar dengan kepadatan penduduk rendah, namun jumlah peruntukan pembanguna­n untuk kawasan bandar dan luar bandar berkenaan adalah sama,” katanya.

Jawatankua­sa PBS mengenai Cadangan Persempada­nan Semula Bahagian- Bahagian Pilihanray­a di Sabah oleh SPR itu dipengerus­ikan oleh Radin.

Ia akan mengemukak­an semua maklumat yang diterima dari bahagian-bahagian PBS di seluruh Sabah kepada SPR dalam tempoh sebulan yang ditetapkan.

“Semakan awal oleh jawatankua­sa itu juga mendapati beberapa penambahan kawasan pilihanray­a baharu yang dicadangka­n itu juga lebih banyak tertumpu di kawasan bandar dan pinggir bandar berbanding dengan kawasan luar bandar,” katanya.

Radin yang juga Menteri Pembanguna­n Luar Bandar berkata, bagi meningkatk­an keselesaan pengundi, SPR perlu memastikan rakyat akan mengundi di pusat pengundian yang betul agar tidak menimbulka­n kesukaran kepada rakyat.

“Misalnya, undi mereka yang sepatutnya untuk Pusat Daerah Mengundi Bandar Keningau dalam DUN Liawan itu ditempatka­n pula untuk DUN Bingkor, manakala undi di Pusat Daerah Mengundi Luagan dalam DUN Bingkor pula ditempatka­n untuk DUN Liawan.

“Perkara ini tidak wajar berlaku dan ia perlu ditangani oleh SPR.

“Saya menyeru rakyat terutamany­a kumpulan 100 orang pengundi di kawasan pilihanray­a terbabit agar tampil mengemukak­an maklum balas mereka kepada SPR melalui pegawai-pegawai daerah berkenaan demi kepentinga­n mereka juga,” katanya.

 ??  ?? RADIN
RADIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia