Utusan Borneo (Sabah)

Wanita dipenjara 26 bulan, beri keterangan palsu mohon kad pengenalan

Beri keterangan palsu memohon kad pengenalan

-

KOTA KINABALU: Seorang wanita dikenakan penjara 26 bulan, oleh Mahkamah Majistret di sini kelmarin, atas kesalahan memberikan maklumat palsu semasa memohon kad pengenalan.

Hulbai Janari, 63, dijatuhkan hukuman itu oleh Majistret Cindy Mc Juce Balitus, selepas mengaku bersalah mengikut Peraturan 25 (1) (b) Peraturan-Peraturan Pendaftara­n Negara 1990.

Hukuman yang diperuntuk­kan, boleh dikenakan penjara maksimum tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000, atau kedua-duanya sekali.

Pada 29 September tahun ini di Bahagian Siasatan dan Penguatkua­sa Pentadbira­n Kerajaan Persekutua­n Sabah, tertuduh hadir di kaunter bagi memberikan keterangan status kad pengenalan.

Keterangan tertuduh direkodkan kerana tertuduh penganjur kepada Permohonan Kad Pengenalan Baru, oleh kanak-kanak berusia 12 tahun yang menggunaka­n sijil lahir orang lain atau palsu.

Hasil siasatan, tertuduh mengaku memberikan maklumat palsu bahawa tertuduh ibu saudara kepada penama sijil lahir terbabit, atas nama Sharif Nazri Sharif Usman.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Mohamad Faizal Tahir dari Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN).

Sementara itu, seorang lelaki Hasbi Mira, 19, dikenakan penjara 20 bulan, selepas mengaku bersalah memiliki kabel yang disyaki sebagai harta curi.

Tertuduh yang disabitkan mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan, melakukan kesalahan itu pada 9 September tahun ini di tapak pembinaan, di Penampang.

Hukuman yang diperuntuk­kan, penjara boleh sampai tempoh lima tahun atau denda, atau keduaduany­a sekali.

Dalam kes berasingan, seorang lagi lelaki berusia 30 tahun dijatuhkan hukuman penjara empat bulan, atas kesalahan mencuri sepasang selipar.

Daniel Jenop melakukan kesalahan itu pada 16 September tahun ini jam 3.30 petang, di kedai Daiso, pusat membeli-belah One Borneo, di sini.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan, yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum sepuluh tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Kedua- dua pendakwaan itu dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Insp P.Nathan.

 ??  ?? Oleh CLARICE USOP
Oleh CLARICE USOP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia