Utusan Borneo (Sabah)

Ketepikan perbezaan bagi keamanan berpanjang­an di Syria: Zahid

-

NEW YORK: Pihak berkepenti­ngan dalam konflik di Syria perlu mengatasi perbezaan mereka dan berusaha ke arah keamanan berpanjang­an di negara yang bergolak itu, kata Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata mempunyai perbezaan dalam situasi seperti itu adalah dijangka, tetapi apa yang lebih penting mendapatka­n penyelesai­an muktamad untuk mengatasi kemelut yang dihadapi Syria.

“Kita tidak boleh merangka satu demi satu resolusi ke atas Syria yang akhirnya hanya kata-kata tanpa melakukan apa-apa, iaitu tanpa sebarang penyelesai­an,” katanya kepada media Malaysia pada Rabu.

Terdahulu beliau berucap dalam Mesyuarat Peringkat Tinggi mengenai Situasi di Syria pada Majlis Keselamata­n Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di sini.

Ahmad Zahid berkata Malaysia amat prihatin mengenai kesan kemanusiaa­n akibat peperangan di Syria terhadap wanita dan kanakkanak serta golongan lemah yang lain.

Ahmad Zahid juga mengutuk serangan terhadap konvoi bantuan kemanusiaa­n PBB yang bertujuan untuk membantu rakyat Syria yang berada dalam kesulitan.

Sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamata­n PBB, beliau berkata Malaysiabe­rpendapat semua keputusan dan resolusi yang diputuskan oleh badan itu perlu dihormati.

Menjawab pertanyaan, beliau berkata kuasa-kuasa besar mungkin memilih untuk menggunaka­n kuasa veto mereka dalam menangani isu Syria.

“Persoalann­ya ialah, apakah perlu menggunaka­n kuasa veto jika kita tidak berjaya menyelesai­kan masalah Syria,” kata Ahmad Zahid.

Keutamaan Malaysia kini ialah bagi memastikan rakyat Syria tidak lagimender­ita akibat konflik dan aspek kemanusiaa­n diberi perhatian utama di Syria, tambah beliau.-Bernama

 ??  ??
 ??  ?? AHMAD Zahid Hamid bercakap kepada media di New York.
AHMAD Zahid Hamid bercakap kepada media di New York.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia