Utusan Borneo (Sabah)

Lima juragan bawa LPG ditahan

Dipercayai cuba seludup ke negara jiran

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Percubaan lima juragan membawa keluar 43 tong gas petroleum cecair (LPG) gagal apabila berjaya dihalang Pasukan Polis Marin (PPM) dalam Op Landai di sini, Selasa.

Komander PPM Sabah ACP Mohamad Madun berkata operasi terbabit dijalankan oleh pasukannya di sekitar kawasan Batu-Batu, perairan pelabuhan dan Sg Pukul, Pulau Sebatik.

“Kita menahan enam bot yang membawa bekalan LPG dan dipercayai hendak menyeludup keluar kesemua barangan terbabit ke negara jiran tanpa mengikuti prosedur ditetapkan.

“Kesemua mereka ditahan secara berasingan antara jam 10.45 pagi – 12.30 tengahari dan berusia antara 21 hingga 30 tahun,” katanya dalam kenyataan medianya, di sini, kelmarin.

Mohamad berkata tiga daripada suspek yang ditahan didapati warga tempatan sementara dua lagi adalah warga asing namun menggunaka­n bot yang didaftarka­n di negara ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata kesemua suspek gagal menunjukka­n lesen atau permit kebenaran daripada Kementeria­n Perdaganga­n, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK).

“Nilai keseluruha­n barangan rampasan termasuk kesemua enam bot dan peralatan yang turut disita dari- pada suspek-suspek terbabit bernilai kira-kira RM104, 600,” katanya.

Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 7 (4) Akta Barangan Kawalan 1961 kerana membawa barangan kawalan dan subsidi tanpa sebarang permit kebenaran.

 ??  ?? ANTARA juragan yang ditahan bersama bot dan muatannya.
ANTARA juragan yang ditahan bersama bot dan muatannya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia