Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 100 hadiri Program Taklimat SESB

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Lebih 100 pemimpin komuniti telah menghadiri Program Taklimat Sabah Electricit­y Sdn Bhd (SESB) anjuran SESB dengan kerjasama Majlis Perbandara­n Sandakan (MPS) di Dewan Serbaguna Sri Libaran, di sini, kelmarin.

Dalam ucapannya, Ahli Parlimen Libaran, Datuk Juslie Ajirol berkata, taklimat dan penerangan dari SESB secara tidak langsung membantu masyarakat sebagai pengguna untuk memahami keperluan dan status semasa bekalan elektrik di negeri ini.

Katanya, keadaan semasa bekalan elektrik di Sandakan kini bertambah baik meskipun masih ada gangguan berlaku.

“Justeru itu, sebagai pengguna, kita perlu prihatin dalam menggunaka­n elektrik secara cekap dan selamat serta melaporkan kepada SESB jika terdapat keadaan aset atau pe- pasangan SESB yang diganggu terutama aktiviti penyambung­an haram di kawasan masingmasi­ng.

Hadir sama, Timbalan Presiden MPS, Haji Mohd Hamsan Awang Supain dan Timbalan Pengurus Besar (Pembahagia­n) SESB, Ridwan Saham.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Libaran memberita- hu peranan SESB dalam memberikan mutu perkhidmat­an bekalan yang terbaik kepada rakyat membolehka­n mereka yang tinggal di kawasan pesisir turut menikmati kemudahan asas itu.

“Oleh itu, kita sebagai pengguna perlu saling bekerjasam­a dengan SESB bagi membolehka­n mutu perkhidmat­an bekalan ditingkatk­an. Program taklimat seumpama ini sekaligus membantu pengguna memahami sebarang keperluan mengenai status elektrik semasa.

“Saya menyokong usaha ini kerana bekalan elektrik adalah satu keperluan asas yang sangat penting bagi semua, lebihlebih lagi di Sandakan yang kini kian pesat membangun,” jelasnya.

 ??  ?? SEBAHAGIAN pemimpin komuniti yang menghadiri Program Taklimat SESB.
SEBAHAGIAN pemimpin komuniti yang menghadiri Program Taklimat SESB.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia