Utusan Borneo (Sabah)

Edar dadah: Dua lelaki diarah bela diri

-

KOTA KINABALU: Dua lelaki diperintah­kan oleh Mahkamah Tinggi di sini kelmarin, untuk membela diri pada 29 hingga 30 Disember tahun ini, atas pertuduhan mengedar dadah.

Hakim Datuk Nurchaya Hj Arshad membuat keputusan berkenaan terhadap Andy Majudil dan Mohammad Noor Hj Jumat, selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktika­n kes prima facie.

Kedua-dua tertuduh berhadapan dengan hukuman gantung mandatori, yang mana didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Andy dan Mohammad Noor masing-masing didakwa mengedar Methamphet­amine seberat 52.1 gram dan 745.6 gram.

Kesalahan dilakukan pada 19 November 2013 jam 9.30 malam, di dalam bilik sebuah rumah, Taman Nelly, Inanam, di sini.

Peguam Ram Singh dan peguam Dato’ Rakhbir Singh masingmasi­ng mewakili Andy dan Mohammad Noor.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwara­ya Aida Fatimah Datuk Abdul Jabar.

Sementara itu, mahkamah menangguhk­an keputusan terhadap seorang lelaki yang didakwa atas pertuduhan sama, selepas kes diperingka­t akhir pendakwaan.

Keputusan terbabit dilakukan terhadap Tan Chilk Tan@Calvin Tan, 32, sama ada diperintah­kan membela diri atau dibebaskan daripada pertuduhan terbabit.

Pertuduhan pertama, tertuduh didakwa mengedar Ketamin seberat 238.3 gram, pada 18 September 2014 jam 3.30 petang, di lobi Hartamas Height Apartment, Jalan Kepayan, Kobusak.

Kedua, Tan dituduh mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39A (2) (h) akta sama, kerana memiliki ganja seberat 97.45 gram, pada hari dan tempat sama.

Ketiga, tertuduhme­milikiecst­acy Methyledio­xy-methampeth­amine seberat 16.6 gram, yang didakwa mengikut Seksyen 12 (2) aktas sama dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39A (1) (x) akta sama.

Tertuduh diwakili peguam Nelson Anggang, manakala Timbalan Pendakwara­ya Wan Farrah Farriza Wan Ghazali untuk pendakwaan.

Kini Andy, Mohammad Noor dan Tan direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia