Utusan Borneo (Sabah)

Kes lelaki didakwa bunuh kanak-kanak didengar 10 Okt

-

KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi di sini, menetapkan pada 10 Oktober tahun ini sebagai tarikh pendengara­n kes terhadap seorang lelaki tempatan yang didakwa membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun.

Hakim Datuk Nurchaya Hj Arshad membuat keputusan itu terhadap Mohd Saifulriza­n Sainan, 32, yang diwakili peguam Ram Singh.

Terdahulu, Timbalan Pendakwara­ya Gan Peng Kun berkata, tertuduh ditawarkan pertuduhan alternatif mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan.

Hukuman yang diperuntuk­kan, sekiranya disabitkan bersalah boleh dikenakan penjara maksimum 30 tahun dan denda.

Menurutnya, pertuduhan berkenaan pernah dibacakan di hadapan Hakim Dougles Primus sebelum ini pada 26 Ogos tahun ini, namun tiada pengakuan direkodkan.

Mohd Saifulriza­n dituduh melakukan kesalahan itu pada 21 November 2014 jam 7 pagi, di sebatang anak sungai Kampung Jempangah, Beaufort.

Sebelum ini, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksan, memperuntu­kkan hukuman gantung mandatori jika sabit kesalahan.

Kini tertuduh direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah, sehingga kes selesai.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwara­ya Gan Peng Kun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia