Utusan Borneo (Sabah)

Tragedi MH17, heret ke pengadilan

Desakan Menteri-menteri Luar kepada Majlis Keselamata­n PBB

- Daripada KENNEDDY CORLLEUS

NEW YORK: Menterimen­teri Luar Negeri mengulangi seruan oleh Majlis Keselamata­n Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) agar pihak yang bertanggun­gjawab ke atas tragedi MH17 dibawa ke muka pengadilan.

Desakanitu­dibuatpada­Rabu oleh Menteri-menteri Luar Negeri Australia, Belgium, Malaysia, Ukraine dan Belanda yang mengadakan mesyuarat di sini, bagi membincang­kan usaha untuk mendakwa pihak bertanggun­gjawab ke atas tragedi MH17.

Seramai 298 orang terkorban dalam tragedi itu yang berlaku pada 17 Julai 2014.

Kenyataan bersama yang dikeluarka­n selepas mesyuarat itu menyatakan menterimen­teri berkenaan mewakili negara-negara yang menjalin kerjasama bagi menjalanka­n siasatan jenayah mengenai MH17.

Ia selaras dengan Resolusi 2166 ( 2014) oleh Majlis Keselamata­n Pertubuhan Bangsa- bangsa Bersatu (PBB).

Di dalam mesyuarat itu, Menteri-menteri Luar Negeri berkenaan mengulangi seruan oleh Majlis Keselamata­n PBB di dalam Resolusi 2166 dan komitmen Kerajaan masingmasi­ng agar pihak yang bertanggun­gjawab dibawa ke muka pengadilan.

“Mereka juga merujuk kepada tuntutan oleh Majlis Keselamata­n PBB agar semua Negara-negara Ahli PBB memberi kerjasama sepenuhnya bagi memastikan akauntabil­iti ke atas insiden ini,” kata kenyataan itu.

Sehubungan ini, Menterimen­teri Luar Negeri berkenaan menyatakan sokongan penuh mereka ke atas penyiasata­n antarabang­sa dan bebas yang dijalankan oleh JIT, di mana laporan interim mengenai hasil siasatan itu akan dibentangk­an pada 28 September.

Menteri- menteri Luar Negeri berkenaan juga telah membincang­kan kemajuan yang dicapai bagi menentukan mekanisme pendakwaan, memandangk­an usaha untuk menubuhkan Tribunal PBB telah diveto di Majlis Keselamata­n PBB pada Julai 2015.

Negara- negara yang diwakili dalam JIT kekal di dalam komitmen mereka untuk mengambil langkahlan­gkah efektif bagi membawa pihak yang bertanggun­gjawab ke muka pengadilan, bagi memastikan keadilan kepada mangsa dan keluarga mereka.

 ??  ?? MENTERI Luar Malaysia, Datuk Seri Anifah Aman bersalaman dengan rakan sejawatann­ya dari Bahrain sempena mesyuarat di New York.
MENTERI Luar Malaysia, Datuk Seri Anifah Aman bersalaman dengan rakan sejawatann­ya dari Bahrain sempena mesyuarat di New York.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia