Utusan Borneo (Sabah)

‘Jayakan transforma­si pendidikan negara’

Warga pendidik perlu komited capai matlamat pendidikan

- Oleh SHAMRY M SANI

TAWAU: Warga pendidik mempunyai tanggungja­wab penting bukan sahaja memberi pelajaran, tetapi juga memastikan transforma­si matlamat pendidikan negara dapat direalisas­ikan, kata Ketua Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Hj Nizam Abu Bakar Titingan.

Beliau berkata pada hari ini negara sering menghadapi sosial disebabkan ledakan pembanguna­n dunia sejagat.

Katanya, kemunculan alaf baru yang diwarnai dengan kebangkita­n revolusi maklumat dan multimedia amat besar pengaruh terhadap sistem penyebaran maklumat itu sendiri.

“Ianya bukan sahaja memberi kesan kepada pembanguna­n minda masyarakat tetapi juga turut memberi corak dan gaya hidup yang sangat unit.

“Gesaan saya guru perlu memiliki sifat-sifat unggul seperti amanah, dedikasi, komited kepada tugasan sanggup menganjakk­an masa dan tenaga serta mampu menjadi role model kepada pelajarnya,” Katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Makan Malam Sempena Kunjungan Majlis Guru Besar Kota Tinggi, Johor.

Jelasnya pengemblen­gan persefaham­an dan kerjasama antara institusi pendidikan antara sekolah, warga pendidik dan ibubapa mampu mencetus kecemerlan­gan.

Nizam berkata dari segi imej, prestasi kokurikulu­m, pencapaian dalam peperiksaa­n, pembanguna­n prasarana pendidikan, jatidiri pelajar mampu mengangkat martabat masyarakat secara holistik.

Beliau turut menggesa agar rangkaian kerjasama pintar diperkukuh dengan penglibata­n daripada Majlis Guru Besar, Pejabat Pendidikan Daerah dengan dibantu oleh agensi-agensi kerajaan lain.

 ??  ?? MESYUARAT: Mesyuarat Jawatankua­sa Pelaksana Pesta Damas 2016 bersama jabatan kerajaan dan bukan kerajaan kali ke-2 yang dipengerus­ikan oleh Timbalan Presiden Persatuan Bangsa Sungai Sabah (Sabas) Dato Juhari Haji Janan merangkap Pengerusi Pelaksan...
MESYUARAT: Mesyuarat Jawatankua­sa Pelaksana Pesta Damas 2016 bersama jabatan kerajaan dan bukan kerajaan kali ke-2 yang dipengerus­ikan oleh Timbalan Presiden Persatuan Bangsa Sungai Sabah (Sabas) Dato Juhari Haji Janan merangkap Pengerusi Pelaksan...
 ??  ?? NIZAM bergambar kenangan dengan rombongan Majlis Guru Besar Kota Tinggi, Johor.
NIZAM bergambar kenangan dengan rombongan Majlis Guru Besar Kota Tinggi, Johor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia