Utusan Borneo (Sabah)

PVATM harap berita baik diumumkan dalam Bajet 2017

-

SEREMBAN: Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia ( PVATM) mengharapk­an suatu berita baik akan diumumkan dalam Bajet 2017, kata presidenny­a Senator Laksamana (B) Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor.

Beliau berharap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan memberi pertimbang­an khusus terhadap tiga perkara utama semasa pembentang­an bajet berkenaan.

“Pertama ialah mengurangk­an jurang perbezaan pencen antara veteran yang berpencen sebelum 2004 dengan veteran berpencen selepas 2004.

“Kedua, memberi bantuan kebajikan tahunan secara tetap kepada veteran tidak berpencen dan memberi elaun sara hidup bulanan kepada mereka apabila mencapai usia 60 tahun,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis perasmian Persidanga­n Perwakilan PVATM Negeri Sembilan ke-63 oleh Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Dr Awaludin Said.

Mohd Anwar berkata ketiga ialah memanjangk­an jangka masa pemberian pencen terbitan dari 20 tahun ke 50 tahun bagi isteri yang dikahwini dalam masa persaraan berikutan kematian isteri atau berlaku penceraian yang sah.

Beliau berkata ketiga- tiga isu tersebut akan memberi impak yang besar kepada veteran dan keluarga, yang memerlukan pembelaan.

Perdana Menteri akan membentang­kan Bajet 2017 pada 21 Okt ini.

Mohd Anwar berkata pada 9 Sept tahun lepas, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein mengumumka­n 10 pelan tindakan, dengan lapan daripada perkara itu adalah antara 12 resolusi membela nasib veteran tentera.

“Ini bermakna kerajaan telah menunjukka­n keprihatin­an dan komitmen terhadap kebajikan veteran tentera,” katanya.

Beliau berkata PVATM sentiasa bekerjasam­a rapat dengan Kementeria­n Pertahanan dalam menjaga kepentinga­n semua veteran tentera di negara ini.

Pada masa ini, terdapat 153,000 anggota PVATM, dan persatuan berkenaan menyasarka­n sebanyak 200,000 anggota persatuan itu menjelang 2020.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia