Utusan Borneo (Sabah)

Jangan bersikap keterlalua­n, pentingkan kesederhan­aan

Sikap keterlalua­n tidak bawa seseorang dan S’wak lebih jauh sebaliknya timbulkan pelbagai masalah

-

KUCHING: Rakyat di negeri ini diingatkan agar tidak bersikap keterlalua­n dalam semua aspek sebaliknya mementingk­an nilai kesederhan­aan.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem berkata sikap keterlalua­n tidak akan membawa seseorang dan Sarawak melangkah lebih jauh sebaliknya menimbulka­n pelbagai masalah.

Katanya kesederhan­aan merupakan komitmen penting dan telah meletakkan Sarawak pada kedudukann­ya hari ini.

“Kesederhan­aan wujud di Sarawak selama ini dan ia harus dikekalkan. Sikap ekstrem tidak akan membawa kita ke mana malah menimbulka­n permusuhan dan rasa tidak menghormat­i antara satu sama lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarka­n buku bertajuk ‘ REFLECTION: A Journey Of Hope, Aspiration And Perseveran­ce’, di sebuah hotel di sini pada Rabu.

Buku berkenaan menyediaka­n koleksi petikan ucapan dan kenyataan terpilih Tan Sri William Mawan Ikom mengenai kepimpinan, politik, pembanguna­n luar bandar, isu sosial, pelbagai etnik, budaya dan tradisi serta perkara lain yang unik kepada Sarawak sepanjang 20 tahun penglibata­nnya dalam pembanguna­n politik dan sosioekono­mi di negeri ini.

Adenan berkata inisiatif Mawan menulis buku berkenaan suatu yang harus dicontohi ahli politik lain negeri ini meskipun sibuk melaksanak­an tugas serta peranan sebagai wakil rakyat.

Tambahnya inisiatif Mawan menghasilk­an buku menghimpun­kan petikan dan ucapannya bertahunta­hun meliputi aspek politik, pembanguna­n, komuniti, sukan dan belia suatu yang terpuji.

“Ini suatu yang rata-rata tidak dilakukan oleh ahli politik. Bukan kerana mereka tidak suka menulis mengenai diri mereka sendiri tetapi masa tidak mengizinka­n dan ahli politik biasanya ada sedikit rasa ego.

“Saya ingin melihat banyak lagi (ahli politik) akan meluangkan sedikit masa berfikir, menggambar­kan dan menulis mengenai pengalaman untuk dikongsi dengan rakyat,” katanya.

Mawan katanya menerusi buku itu membawa umum kepada satu perjalanan yang mencermink­an harapan, aspirasi dan ketabahann­ya serta komitmenny­a mementingk­an kesederhan­aan dalam semua perkara dilakukan.

“Saya mengenali Mawan bertahunta­hun, dalam arena politik dan padang golf. Dalam kalangan rakan-rakan beliau terkenal dengan sikap sabar, sentiasa tenang dan tidak pandai berdendam.

“Semua kualiti positif membolehka­n beliau menghadapi saat baik serta sukar terutama dalam politik dan menyebabka­n beliau mempunyai ramai kawan,” kata Adenan.

Menurutnya Mawan mempunyai sejarah politik yang penuh warnawarni selepas melakar prestasi buruk semasa penglibata­n pertamanya dalam pilihan raya kira-kira empat dekad lalu.

Sebaliknya Mawan katanya berjuang, tabah dan bangkit daripada kekalahan untuk mendapatka­n kedudukan dalam Barisan Nasional (BN).

Hadir masa isteri Ketua Menteri Datin Patinggi Datuk Amar Jamilah Anu, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar, Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh dan menteri-menteri kabinet negeri serta persekutua­n.

Kesederhan­aan wujud di Sarawak selama ini dan ia harus dikekalkan. Sikap ekstrem tidak akan membawa kita ke mana malah menimbulka­n permusuhan dan rasa tidak menghormat­i antara satu sama lain. DATUK PATINGGI TAN SRI ADENAN SATEM Ketua Menteri

 ??  ?? ADENAN melancarka­n buku REFLECTION: A Journey Of Hope, Aspiration And Perseveran­ce’. Turut kelihatan Mawan (kiri).
ADENAN melancarka­n buku REFLECTION: A Journey Of Hope, Aspiration And Perseveran­ce’. Turut kelihatan Mawan (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia