Utusan Borneo (Sabah)

Mengharap bajet ‘istimewa’ untuk luar bandar

-

MIRI: Kawasan luar bandar di Sarawak menaruh harapan tinggi terhadap Bajet 2017 terutama dalam aspek pembanguna­n fizikal dan infrastruk­tur.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telang Usan Dennis Ngau mengharapk­an bajet ‘istimewa’ untuk Baram dan Telang Usan khususnya dalam pembentang­an Bajet 2017 yang dijadualka­n diumum oleh Perdana Menteri pada 21 Oktober nanti.

“Kita ( rakyat) betulbetul tagih simpati untuk dapatkan bajet ‘istimewa’ daripada PM untuk kawasan pedalaman, luar bandar Baram dan Telang Usan,” katanya kepada Utusan Borneo pada Rabu ketika dihubungi mengenai harapan Bajet 2017.

Menurutnya, kesusahan, kepedihand­antangisan­rakyat yang tinggal jauh di kawasan luar bandar hanya dapat dipenuhi jika pembanguna­n dan kemudahan infrastruk­tur fizikal dapat disalurkan di kawasan terbabit.

Ini katanya, hanya melalui pemberian serta peruntukan luar daripada kebiasaan kerana ia sememangny­a memerlukan wang yang banyak.

“Kerajaan negeri memang sudah memulakan pelbagai projek (berperingk­at) seperti projek tenaga solar sebaik sahaja tamat Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu, tetapi kita harap yang lebih daripada kerajaan persekutua­n untuk menyalurka­n lebih banyak peruntukan,” jelas Dennis.

Tidak dapat dinafikan mungkin sudah jutaan malah berbilion ringgit dihabiskan sehingga kini terhadap pembanguna­n di kawasan pedalaman kerana kemudahan seperti bekalan air bersih, tenaga elektrik dan jalan raya berturap merupakan idaman setiap rakyat yang tinggal di kawasan pedalaman.

“Sebab tanpa peruntukan dan wang, kita memang tidak dapat berbuat apa-apa untuk pembanguna­n,” katanya.

Mengenai pembanguna­n berbentuk modal insan, ia menurut Dennis memang ketara dengan kewujudan kemudahan seperti sekolah, hospital dan klinik dan seumpamany­a yang meningkatk­an tahap pendidikan serta kesihatan rakyat yang tinggal di kawasan luar bandar.

“Malah, ada antara penduduk dapat memiliki rumah di kawasan bandar kerana mempunyai pendidikan dan tahap kesihatan yang cukup tinggi membolehka­n mereka berjaya dalam kerjaya dan kehidupan,” tambahnya.

Oleh sebab itu, baginya yang mewakili rakyat di kawasan pedalaman dan luar bandar, untuk mendapat pembanguna­n fizikal, kuncinya adalah bajet dan peruntukan ‘istimewa’ sahaja yang amat dinantikan untuk diumumkan daripada mulut Perdana Menteri sendiri.

 ??  ?? DENNIS NGAU
DENNIS NGAU

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia