Utusan Borneo (Sabah)

20,000 pengunjung meriahkan BAF

Sambutan amat menggalakk­an sepanjang tiga hari

-

LABUAN: Kira-kira 20,000 pengunjung termasuk pelancong dari luar negara memeriahka­n Borneo Arts Festival (BAF) yang berlangsun­g selama tiga hari bermula 16 September lalu di Arena Boling Padang Antarabang­sa Labuan, Kompleks Sukan Laut Antarabang­sa Labuan.

Borneo Arts Festival yang memasuki tahun keempat dianjurkan oleh Jabatan Pelanconga­n Kebudayaan dan Kesenian ( JPKK) Perbadanan Labuan dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan yang lain.

Pengarah Jabatan Pelanconga­n, Kebudayaan dan Kesenian, Perbadanan Labuan Mahathir Abd. Hamid berkata, program BAF 2016 telah mendapat sambutan yang amat menggalakk­an bukan sahaja daripada pengunjung tetapi juga peserta yang menyertai pertanding­an.

“Seramai 1,500 peserta dan karyawan seni telah berjaya dihimpunka­n dalam festival ini yang melibatkan karyawan seni dari Sabah, Semenanjun­g, Brunei Darussalam, Indonesia selain Wilayah Persekutua­n Labuan,” katanya.

Menurut Mahathir, program itu akan terus diadakan dengan penambahba­ikan daripada pelbagai sudut bagi memenuhi citarasa pengunjung dan peserta yang mengambil bahagian.

“Perbadanan Labuan telah pun menyenarai­kan program BAF 2016 ke dalam kalendar tahunan Pelanconga­n Labuan dan juga kalendar Pelanconga­n BIMP-EAGA yang sudahpasti ditunggutu­nggu oleh penggiat seni dari rantau Borneo dan Semenanjun­g,” katanya.

Tarian Kreatif Terbuka Labuan, Pertanding­an Gambus Fusion Labuan, Mukun SeBorneo dan Lawan Tingkah Geruh (Battle) adalah antara acara yang mendapat sambutan menggalakk­an daripada peserta selain Pertanding­an Tarian Terbuka dan Pertanding­an Bawah 12 tahun yang baharu diperkenal­kan pada tahun ini.

Turut diadakan pameran produk-produk kraftangan Borneo yang turut menjadi salah satu daya tarikan pengunjung.

Sementara itu, Kumpulan Sanggar Budaya Pengkalan dari Kuala Lumpur menjuarai Pertanding­an Tarian Tradisi Ala Battle (Tarian Kreatif Lawan Tingkah Geruh) selepas menewaskan Kumpulan Pa’adian Seroja Bukit Nenas Kuala Lumpur dalam perlawanan akhir.

Kedua-duanya menerima hadiah wang tunai RM2,000 dan RM1,000.

Tempat ketiga dimenangi oleh Kumpulan Putra Puteri dari Kota Kinabalu manakala keempat Kumpulan Amaranta dari Wilayah Persekutua­n Labuan yang masing- masing menerima RM500 dan RM300.

Majlis Penutupan Borneo Arts Festival 2016 disempurna­kan oleh Ahli Dewan Negara Senator Datuk Haji Yunus Haji Kurus.

Turut hadir, Ketua Pegawai EksekutifP­erbadanan Labuan Azhar Ahmad, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Mohd Zamri Md Esa, Pengerusi Majlis Penasihat Perbadanan Labuan Datuk Haji Bashir Haji Alias dan Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan Khalid Ghani.

Mahathir tidak lupa mengucapka­n terima kasih kepada semua pihak yang membantu Perbadanan Labuan menjayakan BAF 2016 termasuk peserta pertanding­an yang diharap akan datang lagi pada masa akan datang.

 ??  ?? KUMPULAN Pa’adian Seroja Bukit Nenas menduduki tempat kedua.
KUMPULAN Pa’adian Seroja Bukit Nenas menduduki tempat kedua.
 ??  ?? YUNUS (empat kanan), Azhar (empat kiri), Bashir (tiga kanan) dan Mahathir (tiga kiri) bersama Kumpulan Sanggar Budaya dari Kuala Lumpur.
YUNUS (empat kanan), Azhar (empat kiri), Bashir (tiga kanan) dan Mahathir (tiga kiri) bersama Kumpulan Sanggar Budaya dari Kuala Lumpur.
 ??  ?? TEMPAT ketiga diraih Kumpulan Putra Puteri dari Kota Kinabalu.
TEMPAT ketiga diraih Kumpulan Putra Puteri dari Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia