Utusan Borneo (Sabah)

Pembinaan bonggol di hadapan sekolah mungkin diwajibkan untuk elak kemalangan

-

SUNGAI SIPUT: Kementeria­n Pendidikan mungkin akan mewajibkan pembinaan bonggol di laluan kawasan sekolah sebagai antara langkah untuk mengurangk­an kemalangan jalan raya.

Timbalan menteri berkenaan Datuk P. Kamalanath­an berkata tindakan tersebut penting susulan beberapa insiden kemalangan melibatkan pelajar sekolah sehingga meragut nyawa kebelakang­an ini.

“Kementeria­n akan melihat bagaimana untuk memperketa­t lagi peraturan keselamata­n lalu lintas termasuk mewajibkan pembinaan bonggol di hadapan setiap sekolah.

“Kami telah meletakkan tanda amaran, ada penjaga lalu lintas, mengurangk­an had laju kepada 30 kilometer sejam dan menebalkan garisan kuning di hadapan sekolah tapi kemalangan masih berlaku hingga melibatkan nyawa pelajar,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Program Hari Anugerah Dermasiswa Lafarge 2016 di Dewan Tun V. T Sambanthan di sini, kelmarin.

Kamalanath­an turut meminta Jabatan Pengangkut­an Jalan ( JPJ) supaya mengenakan tindakan tegas terhadap pemandu yang tidak mematuhi peraturan keselamata­n di kawasan sekolah sehingga menyebabka­n kehilangan nyawa.

“Memang ada penjaga lalu lintas di sekolah tetapi ada juga pemandu yang memandu dengan laju tanpa melihat amaran yang diberikan sehingga perkara ini terjadi,” katanya.

Pada Rabu, seorang murid Tahun Empat Sekolah Kebangsaan ( SK) Teluk Medan menemui maut akibat dilanggar treler ketika melintas untuk memasuki perkaranga­n sekolahnya.

Pada Selasa seorang murid Tahun Empat juga maut selepas dirempuh sebuah kereta ketika melintas jalan untuk memasuki perkaranga­n SK Santong di Dungun, Terengganu.

Pada majlis itu, Kamalanath­an turut menyampaik­an anugerah dermasiswa Lafarge bernilai RM20,000 kepada 48 pelajar sekolah rendah dan menengah dari lapan sekolah sekitar Chemor dan Sungai Siput.

Beliau turut memuji usaha syarikat simen terkemuka itu yang sentiasa memberi sumbangan kepada sekolah-sekolah di kawasan setempat selain membaik pulih infrastruk­tur untuk keselesaan pelajar.

“Kementeria­n amat mengalu- alukan manamana syarikat lain yang ingin memberi sumbangan dan bantuan kepada sekolah di negara ini,” katanya.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia