Utusan Borneo (Sabah)

Makan malam sambutan 30 tahun Pas Sabah

- Oleh ABD NADDIN HJ SHAIDDIN

KOTA KINABALU: Parti Islam Se- Malaysia ( Pas) Sabah akan menganjurk­an Majlis Makan Malam sempena sambutan 30 tahun Pas Sabah pada 2 Oktober ini di Likas Square.

Objektif utama majlis ini adalah untuk mendedahka­n kepada awam dan ahli PAS terhadap kewujudan Pas Sabah dan terus kekal sehingga hari ini.

Pas Sabah yang ditubuhkan pada tahun 1986, kini mempunyai 18 kawasan berdaftar di Sabah, kata Ketua Penerangan Pas Sabah Abdul Hisham Othman (gambar).

Tetamu utama dalam majlis ini nanti adalah Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang yang juga Presiden Pas.

Pelbagai acara diatur ketika majlis makan malam itu nanti antaranya tayangan montaj 30 tahun Pas Sabah, persembaha­n nasyid, lawak Bob Lokman dan ucapan khas daripada Presiden Pas.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia