Utusan Borneo (Sabah)

KRT Luagan Sanginan adakan pelbagai program sempena Bulan Kemerdekaa­n

-

BEAUFORT: Warga Kawasan Rukun Tetangga ( KRT) Kampung Luagan Sanginan Beaufort menganjurk­an Program Pertanding­an Bola Tampar Wanita Terbuka, Bola Sepak Sembilan Sebelah Terbuka dan Basikal Berhias KRT Kampung Luagan Sanginan, Beaufort Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaa­n dan Hari Malaysia 2016.

Program itu diadakan sebagai menyatakan rasa kecintaaan kepada negara dan meningkatk­an semangat patriotism­e dalam kalangan warga KRT.

Pertanding­an Bola Tampar Wanita menyaksika­n 28 pasukan berantap dengan Johan Team Evo dari KRT Taman Wawasan, Aza Team dari KRT Luagan Sanginan tempat kedua dan Team Peragawan Sipitang tempat ketiga.

Pertanding­an Bola Sepak Sembilan Sebelah Terbuka pula dimenangi oleh Team Propaganda dari Kg Rancangan Klias, naib johan Heho dari Kg Bingkul , ketiga Kansas dari KRT Lubok Weston dan KeempatPew­aris dari Kg Lumat.

Acara pertanding­an basikal berhias disertai oleh 12 buah basikal yang dihias dengan bendera Jalur Gemilang, bendera Sabah dan lambang KRT secara kreatif. Semua hadiah akan diserahkan semasa program SeJiwa Jiran wanita Daerah Beaufort yang bakal berlangsun­g pada 1 Oktober 2016.

Program ini turut dihadiri oleh Noraishah Mohd Zin Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Beaufort, Pengerusi KRT Kg Luagan Sanginan Beaufort Azizah @ Aziee Hj Saat , Pengerusi- Pengerusi Jawatankua­sa Penyelaras KRT Daerah Beaufort dan pemimpin masyarakat sekitar. Seramai lebih 500 orang termasuk pasukan dan penonton turut membanjiri kampung itu selama pertanding­an berlangsun­g.

 ??  ?? NORAISHAH bergambar bersama ahli jawatankua­sa KRT Kg Luagan Sanginan dan pasukan yang bertanding ke peringkat akhir.
NORAISHAH bergambar bersama ahli jawatankua­sa KRT Kg Luagan Sanginan dan pasukan yang bertanding ke peringkat akhir.
 ??  ?? PASUKAN Aza Team, pasukan tuan rumah dari KRT Kg Luagan Sanginan yang juga penganjur program.
PASUKAN Aza Team, pasukan tuan rumah dari KRT Kg Luagan Sanginan yang juga penganjur program.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia