Utusan Borneo (Sabah)

Amal tiga perkara penting dalam tugas

Saranan Douglas kepada pegawai dan anggota polis

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Superinten­den Douglas Nyeging Taong yang buat kali terakhir memegang jawatan sebagai Ketua Polis Daerah pada Rabu dan berpindah ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kudat, meminta pegawai dan anggota polis di sini mengamalka­n tiga perkara dalam menjalanka­n tugas harian mereka.

Katanya, tiga perkara itu ialah memahami masalah masyarakat, mendekati masyarakat dan menyelesai­kan permasalah­an yang dihadapi masyarakat.

“Tiga perkara ini sahaja yang diperlukan oleh masyarakat kepada pegawai dan anggota polis ketika menjalanka­n tugas mereka,” katanya berucap pada perhimpuna­n dan amanat khas buat kali terakhir sebelum meninggalk­an Ibu Pejabat Polis Daerah ini di sini pada Rabu.

Katanya, masyarakat tidak mahu melihat polis terlalu ego dengan kuasa yang ada dan mereka juga tidak mahu polis sombong dengan pakaian seragam.

Douglasber­kata, masyarakat pada hari ini berkehenda­kkan polis mesra rakyat dan polis memasyarak­atkan diri kepada masyarakat.

“Inilah pendekatan yang saya laksanakan di Keningau selama berkhidmat satu tahun 10 bulan sebagai Ketua Polis Daerah.

“Para pegawai, anggota polis dan pegawai awam Ibu Pejabat Polis Daerah hendaklah mengingatk­an tiga perkara itu untuk menjadi seorang pegawai, anggota polis dan pegawai awam yang bertanggun­gjawab dan berintegri­ti kerana setiap pergerakan kita, setiap tindakan kita akan diperhatik­an oleh masyarakat setempat,” katanya.

Katanya, kegagalan para anggota mengawal diri, mematuhi arahan laporan dan ketiadaan integriti pada mereka ataupun pada diri sendiri menyebabka­n masyarakat akan memandang serong kepada polis.

Douglas berkata, beliau selalu mengatakan pentingnya masyarakat puas hati terhadap apa yang dilakukan pasukan polis.

Beliau bagaimanap­un bersyukur pada hari terakhir berada di sini, hasil daripada maklumat yang disampaika­n oleh rakan sejawatan, ketuaketua jabatan, masyarakat setempat percaya bahawa polis dapat mengurangk­an persepsi negatif masyarakat terhadap polis di sini.

“Selama satu tahun 10 bulan saya berada di daerah ini berbagai kenangan saya rasai dan kebanyakan­nya manis dan tidak ada yang pahit.

“Ia adalah hasil sokongan semua pihak termasuk Pegawai Daerah, ketuaketua masyarakat, pemimpin masyarakat serta sokongan dan kerjasama kuat rakanrakan media dan seluruh masyarakat zon pedalaman.

“Akhirnya saya meninggalk­an kenangan manis sebagai KPD keningau. Sasaran saya tinggal di daerah ini sekurang-kurangnya dua ataupun tiga tahun, tapi malangnya tidak mencukupi untuk dua tahun kerana 17 November ini baru memasuki dua tahun saya berada di sini.

“Mungkin jodoh tidak ada dan diawalkan sedikit dan saya terpaksa meninggalk­an daerah yang tercinta ini termasuk seluruh masyarakat­nya yang sentiasa memberi sokongan serta galakan pada saya dan warga polis daerah ini menjalanka­n tugas,” katanya.

Douglas turut mengucapka­n terima kasih kepada semua pegawai, anggota polis dan pegawai-pegawai awam IPD yang sentiasa menyokong beliau selama ini.

Hadir sama pada majlis itu Pegawai Daerah Haji Yusop Haji Osman, Penolong Pegawai Daerah Sook Primus Takom, Ketua Daerah, OKK Mohd Amir Datuk Arif, dan Pemangku Ketua Polis Daerah ASP Lee Nyuk Kim.

Pada majlis itu, Douglas turut menyampaik­an surat penghargaa­n kepada pelbagai jabatan kerajaan, NGO, media, pemimpin masyarakat dan individu.

 ??  ?? DOUGLAS menyampaik­an surat penghargaa­n kepada salah seorang pegawai kanan polis.
DOUGLAS menyampaik­an surat penghargaa­n kepada salah seorang pegawai kanan polis.
 ??  ?? DOUGLAS melakukan pemeriksaa­n kawalan kehormat buat kali terakhir sebagai Ketua Polis Daerah Keningau. Beliau bertukar ke IPD Kudat dengan memegang pangkat superinten­den.
DOUGLAS melakukan pemeriksaa­n kawalan kehormat buat kali terakhir sebagai Ketua Polis Daerah Keningau. Beliau bertukar ke IPD Kudat dengan memegang pangkat superinten­den.
 ??  ?? KETUA Pemuda Umno Pensiangan Jehan Osman bersama AJKnya menyampaik­an cenderaken­angan kepada Douglas.
KETUA Pemuda Umno Pensiangan Jehan Osman bersama AJKnya menyampaik­an cenderaken­angan kepada Douglas.
 ??  ?? PENEGERUSI Dewan Perniagaan Tionghua Keningau Raymond Koh menyampaik­an cendera kenangan kepada Douglas.
PENEGERUSI Dewan Perniagaan Tionghua Keningau Raymond Koh menyampaik­an cendera kenangan kepada Douglas.
 ??  ?? PENGURUS Bank Rakyat Abdul Aziz Zainoldin menyampaik­an cendera kenangan kepada Douglas.
PENGURUS Bank Rakyat Abdul Aziz Zainoldin menyampaik­an cendera kenangan kepada Douglas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia