Utusan Borneo (Sabah)

Kaji semula metodologi persempada­nan baharu DUN Sabah

-

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tamparuli Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing ( gambar) semalam menggesa Suruhanjay­a Pilihan Raya ( SPR) untuk mengkaji semula metodologi bagaimana ia menjalanka­n persempada­nan semula yang sedang dilaksanak­an oleh badan itu.

“Dalam kajian awal kami terhadap cadangan untuk meningkatk­an kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dengan menambah 13 kerusi DUN tambahan, dan apabila dikaji dengan teliti Perlembaga­an Malaysia, dan Perjanjian Malaysia 1963 pelaksanaa­n persempada­nan semula untuk meningkatk­an kerusi DUN, oleh itu kita mempunyai sebab yang kuat sebab mempercaya­i bahawa wujud percanggah­an dalam kandungan iklan itu yang diterbitka­n oleh SPR untuk memaklumka­n kepada orang ramai mengenai pelaksanaa­n ini.

“Kami sedang menyusun penemuan kami dan akan menulis secara rasmi kepada SPR bagi menjelaska­n isu-isu perlembaga­an yang terlibat,” kata Bumburing dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, pihaknya juga sedang mengkaji kerusikeru­si DUN baharu yang dicadangka­n oleh SPR untuk menentukan sama ada tambahan kerusi DUN dicadangka­n layak di bawah Seksyen 2 Bahagian I Jadual Ketiga Belas Perlembaga­an Persekutua­n.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia