Utusan Borneo (Sabah)

SELEKTA PRIMA

TV2, jam 9.00 malam

-

Gerak Khas - Pelbagai kisah menarik dan situasi yang dialami unit Gerak Khas yang masih lagi diketuai oleh SAC Datuk Helmi yang menuntut beliau untuk turut sama ‘turun padang’ dalam pelbagai operasi bagi memastikan kelancaran pengendali­an kes-kes jenayah. Tugasan yang harus dipikul oleh anggota Gerak Khas semakin mencabar namun mereka ini tetap dengan prinsip dedikasi dan bertungkus lumus dalam membantera­s kes-kes jenayah seperti kes jenayah berprofil tinggi, kongsi gelap, pendatang asing dan jenayah siber turut menjadi keutamaan selain kes-kes jenayah yang lain. Walau bagaimanap­un dalam kesibukan dan komitmen yang diberikan setiap anggota dalam menjalanka­n tugasan, mereka ini tidak terlepas dalam menghadapi dilema dan konflik permasalah­an peribadi dan keluarga. PELAKON: Dato Yusof Haslam, Norman Hakim, Salina Saibi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia