Utusan Borneo (Sabah)

SELEKTA PRIMA

TV2, jam 9.05 malam

-

Gerak Khas 2016 - Musim baharu ini berkembang dengan plot kemasukan dua pegawai baharu dalam unit Gerak Khas iaitu Insp. Haikal dan Insp. Syakila. Dua pegawai ini mempunyai karektor yang amat berbeza. Insp. Haikal, seorang yang agak tinggi sifat egonya dan berperwata­kan serius dalam segala hal. Beliau sering menunjukka­n sikap untuk bersaing dengan Insp. Syakila dalam menjalanka­n tugasan. Manakala Insp. Syakila adalah seorang yang mudah mesra dengan rakan sejawatnya dalam unit Gerak Khas. Akan tetapi beliau amat tegas dan serius ketika dalam tugasan malah kadang kala sikapnya itu membuatkan rakan sejawatnya berasa agak janggal dengan watak sebenar dirinya. PELAKON: Fattah Amin, Raja Ilya, Syamsul Yusof, Salina Saibi, C Kumaresan, Saiful Nizen Ayob, Tisha Shamsir, Mas Khan, Zabri Ibrahim dan Deen Maidin

 ??  ?? • Fattah Amin dalam Selekta Prima ~ Gerak Khas hanya di TV2, jam 9.05 malam ini
• Fattah Amin dalam Selekta Prima ~ Gerak Khas hanya di TV2, jam 9.05 malam ini

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia