Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki parah dipercayai kena kejutan elektrik

-

KUCHING: Seorang lelaki dilaporkan parah selepas dipercayai terkena kejutan elektrik semasa melakukan kerja-kerja pemasangan kabel di kawasan BDC di sini pada Rabu.

Mangsa berusia 30 tahun semasa kejadian dikatakan sedang bekerja bersama beberapa rakannya apabila dia yang sedang memanjat tiang elektrik tiba-tiba terkena kejutan elektrik sekitar jam 10 pagi.

Ekoran itu, mangsa dikatakan terjatuh sehingga turut menyebabka­n kepalanya mengalami kecederaan.

“Mangsa yang tidak sedarkan diri kemudian dikejarkan ke Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak (PJHUS) untuk mendapatka­n rawatan kecemasan,” kata sumber.

Berikutan keadaan kritikal, mangsa kemudian dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut.

Sehingga berita ini ditulis semalam, mangsa dilaporkan masih belum stabil dan menerima rawatan di Zon Merah Unit Kecemasan HUS.

Dalam kejadian berasingan, seorang penunggang motosikal dikhuatiri patah tulang kaki kanan selepas terlibat dalam kemalangan membabitka­n sebuah kereta di persimpang­an lampu isyarat Kota Sentosa di sini pada Rabu.

Menurut sumber, mangsa berusia 31 tahun itu semasa kejadian dikatakan dalam perjalanan pulang ke dari arah pusat bandar raya sekitar jam 11 malam.

Namun, sebaik sahaja tiba di tempat kejadian, mangsa berlanggar dengan sebuah kereta yang datang dari arah Serian dan membelok masuk ke pasar Kota Sentosa.

“Akibat pelanggara­n itu mangsa tercampak beberapa meter dari tempat kejadian dan dikhuatiri mengalami patah tulang kaki kanannya,” kata sumber.

Orang ramai segera membantu mangsa selain turut menghubung­i pihak ambulans sebelum dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapatka­n rawatan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia