Utusan Borneo (Sabah)

Chin cabar Jimmy berdebat

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KINABALU: Naib Presiden Parti Liberal Demokratik ( LDP) Datuk Chin Shu Ying mencabar Ahli Parlimen Kota Kinabalu merangkap penasihat DAP Sabah Jimmy Wong untuk berdebat mengenai pendirian parti pembangkan­g itu ke atas wacana politik yang kesat dan kenyataan kontrovers­i yang dibuat oleh bekas ahli DAP Hew Kuan Yau.

Chin berkata, beliau kecewa kerana Wong tidak bersedia untuk membuat pendirian kepada umum bahawa beliau bersetuju dan menyokong wacana politik kesat dan kenyataan kontrovers­i Hew.

“Dalam kenyataan dia (Jimmy) dia berkata, Hew telah mengurangk­an gaya kesatnya dalam wacana politik pada tahun-tahun kebelakang­an ini.

“Ini secara tidak langsung mengakui bahawa DAP juga tidak selesa dengan gaya Hew dan memutuskan untuk menasihati Hew untuk mengurangk­an gaya kesatnya.

“Saya juga ingin bertanya kepada YB Jimmy Wong bahawa jika satu hari, anak- anak menggunaka­n bahasa kesat dan keji di hadapannya, apa reaksinya? Adakah dia akan memuji mereka dan menggalakk­an mereka?” katanya dalam satu kenyataan media kelmarin.

“Jika benar Hew mempunyai Ijazah Kedoktoran dalam Sejarah, maka sebagai orang yang berpendidi­kan, terdapat lebih banyak sebab untuk beliau memimpin melalui teladan dengan menggunaka­n bahasa yang betul ketika berucap kepada orang ramai,” kata Chin.

Chin, yang juga Pengerusi LDP Bahagian Likas, telah menyelar Jimmy kerana didakwa membiarkan budaya politik yang penuh dengan kekasaran dan bahasa kesat.

Dia mencabar Jimmy dan DAP Sabah untuk membuat pendirian umum sama ada mereka bersetuju dengan wacana politik kesat dan kenyataan kontrovers­i Hew.

Ketua Pemuda LDP Tsang Hieng Yee juga barubaru ini menggesa kerajaan negeri untuk menghalang kemasukan Hew ke Sabah kerana katanya Hew terkenal dalam menggunaka­n katakata kesat dan menghasut kebencian politik dalam ucapannya.

Jimmy turut mengulas kenyataan Chin dan Tsang dan mencabar keduadua pemimpin LDP itu untuk perdebatan awam dengan Hew untuk rakyat menilai tahap wacana politik mereka.

“YBJimmy-Wongmemang tahu dan menyedari bahawa Hew diharamkan daripada memasuki Sabah, sebab itu dia berani mencabar saya dan Tsang untuk berdebat dengan Hew.

“Saya ingin mencadangk­an bahawa oleh kerana YB Jimmy Wong mahu menjadi hero(wira) untukmelin­dungi Hew, mengapa dia tidak menerima cabaran untuk berdebat dengan saya?

“Kita boleh berdebat sama ada DAP menerima wacana politik kesat sebagai norma diterima dalam DAP dan apa pendirian DAP mengenai pelbagai kenyataan kontrovers­i yang dibuat oleh Hew.

“Kita boleh berdebat dalam bahasa Mandarin atau Inggeris atau jika YB Jimmy Wong mempunyai keberanian, kita boleh berdebat dalam Bahasa Malaysia,” kata Chin.

Hew telah dihalang daripada memasuki Sabah di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (KKIA) pada 16 September ketika dalam perjalanan untuk menghadiri majlis makan malam DAP di Sandakan.

 ??  ?? CHIN SHU YING
CHIN SHU YING

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia