Utusan Borneo (Sabah)

Dasar mobilisasi harus diperkasa

Terutama pegawai dan anggota keselamata­n di sempadan

-

KOTA KINABALU: Pihak berkuasa yang terlibat dengan penugasan di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) atau di sempadan negara perlu memperkasa­kan dasar mobilisasi pegawai dan anggota, terutamany­a bagi jawatan yang terdedah kepada elemen penyalahgu­naan kuasa.

Setiausaha Majlis Permuafaka­tan Suluk Sabah (MPSS), Mohd Zaki Harry Susanto berkata perkara itu penting kerana keberadaan seseorang pegawai dan anggota di posisi yang ‘panas’ dalam satu tempoh penugasan yang lama dikhuatiri menjejaska­n kualiti perkhidmat­an sehingga terpengaru­h dengan gejala negatif melibatkan ketirisan integriti sebagai penjawat awam.

“Dasar mobilisasi perlu diperkasak­an dengan menetapkan satu tempoh penugasan yang ideal. Janganlah dibiarkan manamana Pegawai atau anggota bertugas melebihi dua atau tiga tahun di satu lokasi ‘hot spot’.

“Ia penting bagi memastikan tahap kepercayaa­n masyarakat terus meningkat, sekali gus menjaga kewibawaan pasukan keselamata­n. Kita tidak mahu nama baik pasukan keselamata­n tercalar kerana perbuatan segelintir petugas yang tidak berintegri­ti,” katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan media Indonesia berkaitan dakwaan kemasukan beratusrat­us pendatang asing tanpa izin (PATI) ke Tawau melalui beberapa lokasi pendaratan khususnya di kawasan Batubatu Sabindo, baru-baru ini.

Sambil menyifatka­n ia sebagai masalah sikap individu terlibat (sipelaku), Mohd Zaki juga berharap pihak tertentu tidak terburubur­u untuk mengaitkan isu berkenaan sebagai kegagalan pihak berkuasa secara keseluruha­nnya.

“Tidak perlu menuding jari dengan menyalahka­n mana- mana pihak kerana ia lebih kepada masalah individu ( sipelaku). Kita yakin tindakan tegas akan segera dikenakan terhadap pegawai dan anggota pasukan keselamata­n yang didapati terlibat dengan gejala tidak bermoral itu,” tambahnya.

Pada masa sama, Mohd Zaki mencadangk­an agar semua jeti pendaratan yang sah di Tawau diperketat­kan, selain menutup mana- mana jeti pendaratan haram di daerah berkenaan. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia