Utusan Borneo (Sabah)

Sabah sandarkan barisan kedua

Layan kunjungan Kuantan FA di Stadium Likas malam ini

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Tanpa enam pemain utama, Sabah akan bersandark­an kepada pemain muda atau barisan kedua apabila melayani kunjungan Kuantan FA pada saingan Liga Premier di

Stadium Likas malam ini. Pengendali pasukan, Johnny Dominicus berkata percaturan­nya itu bukan kerana kedudukan Sabah sudah selamat kekal dalam Liga Premier musim depan tetapi disebabkan enam pemain utama tidak dapat disenaraik­an.

Empat daripadany­a iaitu Dedi Kusnandar, Azizan Nordin, Igor Cerina dan Rawilson Batuil tidak dapat disenaraik­an kerana menjalani penggantun­gan permainan manakala dua lagi iaitu Leopold Alfonso Otong dan Muamer Salibasic dalam senarai kecederaan.

“Apapun kita sudah bersedia dan berlatih tanpa enam pemain ini dan kita akan main habis- habisan untuk memburu mata penuh.

“Kemenangan mungkin tidak mengubah kedudukan kita di tangga kesembilan tetapi akan menyamakan jumlah kutipan mata dengan Kuantan di tangga kelapan,” kata Johnny ketika dihubungi kelmarin.

Katanya, kemenangan juga penting sebagai motivasi terutama kepada pemainpema­in muda bahawa mereka juga boleh disandarka­n sebagai pemain utama.

“Ketiadaan ramai pemain utama ini adalah satu kehilangan tetapi pada masa yang sama ia adalah peluang kepada pemain muda untuk membuktika­n kemampuan mereka.

“Ia juga peluang kepada penyokong untuk menyaksika­n pemain-pemain muda atau mereka yang selama ini lebih banyak berada di bangku simpanan beraksi. Oleh itu datanglah memberi sokongan kepada pemain-pemain muda kita ini,” katanya.

Johnny berharap pasukan dapat mengekalka­n momentum permainan baik dan meneruskan rekod dua keputusan seri sebelum ini dengan kemenangan.

“Ia bukan tugas mudah kerana rekod pertemuan kita dengan Kuantan tidak baik tetapi kita akan cuba yang terbaik,” kata Johnny.

Sebagai rekod, Sabah kalah 1-4 di tangan Kuantan pada pusingan pertama di Stadium Darul Makmur, Kuantan Pahang pada awal musim ini.

Pada perlawanan itu, Sabah mendahului 1-0 pada separuh masa pertama hasil jaringan Maxsius Musa pada minit ke-37 tetapi kemudianny­a ditenggela­mkan dengan empat gol pasukan tuan rumah pada separuh masa kedua.

 ??  ?? JOHNNY
JOHNNY
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia