Utusan Borneo (Sabah)

Kejayaan mereka jadi perangsang kepada kami: Rakan atlet Paralimpik

-

SEPANG: Kejayaan kontinjen negara meraih tiga pingat emas dan satu gangsa di Sukan Paralimpik baru- baru ini menyuntik semangat kepada atlet paralimpik negara yang lain untuk mencapai kejayaan sama di pentas antarabang­sa.

Atlet renang paralimpik, Nurul Aminah Ayub Mohd Arif menyifatka­n kejayaan itu juga telah membuka mata masyarakat mengenai sumbangan yang boleh diberi golongan orang kelainan upaya (OKU) kepada negara.

“Saya rasa seronok bila lihat mereka menang, jadi saya pun rasa bersemanga­t untuk menang macam mereka.

“Kalau dulu ibu bapa agak keberatan memberi kebenaran kepada anak mereka daripada golongan OKU bersukan, saya rasa kemenangan empat atlet ini bakal mengubah pandangan mereka bahawa golongan ini juga boleh memberi sumbangan kepada negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Bernama pada majlis sambutan gilang gemilang kontinjen paralimpik negara di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), di sini kelmarin.

Berkongsi pandangan sama adalah atlet Boccia iaitu Mohd Syafiq Mohd Nor yang teruja melihat kejayaan rakan sepasukan meraih pingat pada temasya Sukan Paralimpik Rio de Janeiro dan bertekad mengikut jejak langkah empat atlet itu.

“Siapa yang tidak gembira melihat rakan sepasukan meraih pingat emas dan gangsa pada Sukan Paralimpik dan saya memang berharap dapat menyumbang pingat untuk negara pada temasya sukan yang sama,” kata Mohd Syafiq yang pernah memenangi pingat perak acara Boccia individu di Sukan Para ASEAN tahun lepas.

Terdahulu, pesawat EK0346 yang membawa kontinjen negara selamat tiba di Kompleks Bunga Raya kira-kira pukul 3.14 petang, diberi penghormat­an ‘water salute’ susulan kejayaan cemerlang pada temasya sukan berkenaan.

Kontinjen paralimpik mencipta sejarah cemerlang sukan negara apabila meraih tigapingat­emasdansat­ugangsa menerusi acara olahraga, sekali gus menamatkan cabaran di kedudukan ke36 dalam pungutan pingat keseluruha­n.

Pingat emas pertama dimenangi atlet pecut Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dalam acara 100m T36, disusuli emas kedua menerusi Muhammad Ziyad Zolkefli dalam acara lontar peluru F20, yang turut mencipta rekod dunia dengan balingan sejauh 16.84 meter.

Pingat emas ketiga diraih Abdul Latif Romly dalam acara lompat jauh T20 yang turut mencatat rekod baharu dunia dengan lompatan 7.60m manakala gangsa diraih Siti Noor Radiah Ismail dalam acara lompat jauh T20 dengan memperbaha­rui rekod Sukan Para Asia dengan jarak 5.20m.

 ??  ?? BANGGA: Mohd Ziyad, Mohamad Riduan, Abdul Latif dan Siti Noor Radiah tersenyum bangga menunjukka­n pingat emas dan gangsa yang dimenangi pada Sukan Paralimpik Rio 2016 sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur ( KLIA) kelmarin. - Gambar...
BANGGA: Mohd Ziyad, Mohamad Riduan, Abdul Latif dan Siti Noor Radiah tersenyum bangga menunjukka­n pingat emas dan gangsa yang dimenangi pada Sukan Paralimpik Rio 2016 sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur ( KLIA) kelmarin. - Gambar...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia