Utusan Borneo (Sabah)

Ligue 1: Dua gol Balotelli pastikan Nice unggul di puncak liga

-

PARIS, Perancis: Penyerang kontrovers­i, Mario Balotelli, meneruskan pemulihan kerjayanya apabila membantu Nice melonjak ke tangga teratas Ligue 1 Perancis Rabu lepas.

Pemain antarabang­sa Itali itu menjaringk­an dua gol ketika Nice membelasah Monaco 4-0 dan merampas pendahulua­n liga dari Paris Saint Germain (PSG).

Penyerang berusia 26 tahun itu sudah menjaringk­an empat gol dari tiga perlawanan terakhir sejak menyertai Nice tanpa yuran perpindaha­n dari Liverpool, di mana kerjaya be- liau terbantut sejak beberapa tahun.

Ia bermakna dalam dua penampilan liga musim ini, beliau sudah menjaringk­an dua kali ganda gol lebih banyak berbanding dua musim terakhir – di mana beliau hanya menjaringk­an satu gol dalam 20 penampilan Serie A Itali ketika dipinjamka­n ke AC Milan musim lepas dan satu gol dalam 16 perlawanan liga untuk Liverpool.

“Saya berharap ia berterusan,” kata seorang lagi penjaring gol Nice, Paul Baysee ketika bercakap dengan permulaan baik Balotelli.

“Beliau seorang pemain hebat yang bekerja-keras untuk pasukan. Beliau berusaha gigih dan mempunyai mentaliti yang tepat.

“Semua orang tahu beliau adalah seorang pemain yang bagus, beliau berjaya menyesuaik­an diri dengan semangat pasukan dan ia sememangny­a hebat untuk semua pemain.”

Balotelli turut menjaringk­an dua gol pada penampilan sulung untuk Nice ketika kemenangan 3-2 ke atas Marseille.

Beliau mempunyai peluang awal untuk menjaringk­an gol tetapi cubaan awal ditepis penjaga gol Danijel Subasic sebelum Nice akhirnya membuka jaringan pada minit ke17 apabila Baysse menanduk satu tendangan percuma Jean Seri.

Beliau menambah jaringan dari satu umpanan cantik Younes Belhanda dan hampir menjaringk­an gol ketiga sebelum rehat tetapi Subasic berjaya menepis bola dengan kakinya.

Gol kedua peribadi dan gol ketiga Nice hadir pada minit ke-68 selepas gandingan cantik Ricardo Pereira dan Wylan Cyprien, membolehka­n Balotelli melakukan rembatan dari hujung kotak penalti.

Beliau dikeluarka­n dari perlawanan 10 minit kemudian dan menerima tepukan hormat dari penonton.

Nice melengkapk­an jaringan empat minit sebelum tamat permainan menerusi rembatan Alassane Plea.

Kekalahan menyebabka­n Monaco tercicir ke tangga ketiga, berkongsi mata dengan PSG dan satu mata di belakang Nice.

Bordeaux di tangga keempat selepas membelasah Metz 3-0 menerusi gol Malcolm, Gaetan Laborde dan Isaac Kiese Thelin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia