Utusan Borneo (Sabah)

Muaythai pulang bawa emas

Kejohanan Amatur Kebangsaan 2016

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Muaythai Sabah berjaya membawa pulang satu emas dari Kejohanan Amatur Kebangsaan 2016 yang berlangsun­g di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Selain emas, pasukan negeri yang diwakili oleh 11 atlet juga kembali dengan kilauan empat perak dan satu gangsa untuk berada pada kedudukan kelima keseluruha­n.

Kejohanan ini merupakan persediaan dan pemilihan untuk mewakili Malaysia ke Kejohanan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Pingat emas dimenangi menerusi Zaryatie Zakaria yang beraksi dalam kategori wanita 48kg-51kg.

Pingat perak masing-masing dimenangi oleh Mohd Shah Ahmad (lelaki 51kg54kg), Md Noor Ghani (lelaki 67kg-71kg), Mardiana Mohd Maulana (perempuan 54kg- 57kg) dan Nur Naznerah Jailuddin ( perempuan 45kg- 48kg), sambil pingat gangsa diperolehi menerusi Muhammad Afandi Abdullah yang bertarung dalam kategori lelaki 60kg-63.5kg.

Presiden Persatuan Muaythai Negeri Sabah (PMNS) Ir. Hj. Nazri Abd Razak berkata, perkembang­an memberangs­angkan seni mempertaha­nkan diri itu di negeri ini telah mendorong persatuan itu untuk mengadakan dua kejohanan be- sar sebagai aktiviti tahunan iaitu Kejohanan Muaythai Antara Kelab-Kelab dan juga Peringkat Daerah.

“Dua kejohanan ini penting untuk kita menilai dan memilih atlet terbaik untuk menyertai kejohanan- ke- johanan di bawah kalender Persatuan Muaythai Malaysia (PMM).

“Ianya juga sebagai persiapan awal kita untuk menyertai Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 di Perak,” jelas beliau.

 ??  ?? ATLET Sabah bersama presiden PMM Dato’ Muhamad Shanaz (enam kiri) merai kejayaan selepas berakhirny­a Kejohanan Muaythai Amatur Kebangsaan 2016 di Kuala Lumpur baru-baru ini.
ATLET Sabah bersama presiden PMM Dato’ Muhamad Shanaz (enam kiri) merai kejayaan selepas berakhirny­a Kejohanan Muaythai Amatur Kebangsaan 2016 di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia