Utusan Borneo (Sabah)

‘Colour Of Voices’ bawa imej 1Malaysia dengan lagu tanpa instrumen A capella

-

KUALA LUMPUR: Muzik bukan sekadar hiburan sebaliknya ia mampu menjadi platform bagi menyatupad­ukan semua masyarakat berbilang kaum dan agama dari seluruh pelusuk dunia.

Itulah yang ditonjolka­n oleh lima anak muda tempatan berbilang bangsa yang menggelark­an diri mereka sebagai Colour Of Voices (COV), dianggotai oleh Asnal, 27, Joe, 26, Ikhwan, 25, Jaswan, 27 dan Tux, 25, yang mahu mempamerka­n keindahan dan keharmonia­n Malaysia melalui lagu tanpa instrumen, A capella.

Asnal atau nama sebenar Asnal Nashriq Khirrudin berasal dari Gombak berkata COV sering menyuntik semangat 1Malaysia dalam muzik mereka dan berharap secara tidak langsung ia akan menyemarak­kan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang menontonny­a.

Katanya, COV mula mendapat perhatian setelah video medley lagu perayaan Tahun Baharu Cina dalam bahasa Mandarin yang dimuat naik di laman YouTube ditonton lebih 600,000 kali awal tahun ini.

“Kebanyakan dari kami memang tidak tahu langsung bertutur dalam Mandarin jadi bagi menjayakan video klip itu kami belajar sebutan sebenar lirik itu dari Tux dan rakan-rakannya yang berbangsa Cina.

Dari situ juga kami banyak belajar tentang sejarah, adat dan makna di sebalik lagu-lagu perayaan tersebut. Malah kami juga mengenakan busana tradisiona­l bangsa Cina semasa pembikinan video ini dan ketika membuat persembaha­n,” katanya mengimbau proses pembikinan video itu.

Katanya, segala usaha yang dicurahkan ternyata membuahkan hasil apabila video itu mendapat maklum balas positif daripada pelbagai lapisan masyarakat.

“Banyak komen netizen di media sosial menyatakan rasa terharu dan bangga terhadap video itu yang mana ianya menjadi simbolik perpaduan bagi rakyat Malaysia,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Asnal seterusnya berkata konsep 1Malaysia yang dibawakan kumpulan itu berlaku secara kebetulan pada 2014 ketika beliau dan rakanrakan­nya merancang untuk menubuhkan kumpulan muzik A capella.

“Bagi melengkapk­an kumpulan, kami cuba cari ‘beatboxer’ (individu yang boleh meniru bunyi seperti drum menggunaka­n mulut) dan menemui Tux melalui YouTube manakala Joe pula kami kenal melalui rangkaian kawan-kawan A capella lain, kebetulan mereka bukan berbangsa Melayu.

“Apabila sudah lama bersama dan masyarakat mula mengenali kami sebagai kumpulan berbilang bangsa, kami mendapat ilham dan bersemanga­t menggunaka­n muzik kami sebagai medium untuk menyatupad­ukan rakyat Malaysia,” katanya.

Katanya, COV juga kerap dan mahu lebih banyak mengadakan kolaborasi dengan penyanyi tempatan daripada pelbagai bangsa lain bagi menyemarak dan menonjolka­n semangat 1Malaysia .

“Sempena Hari Merdeka baru-baru ini kami menjemput Gordon Pereira (penyanyi berbangsa India) untuk berkolabor­asi menyanyika­n lagu Tanggal 31 nyanyian asal Allahyarha­m Datuk Sudirman Haji Arshad.

Menurutnya, membawakan genre A capella yang masih baharu di Malaysia merupakan cabaran besar memandangk­an muzik itu bergantung sepenuhnya pada vokal tanpa iringan sebarang alat muzik.

“Kami cuba untuk ketengahka­nnya (A capella) secara komersil agar dapat menjadi inspirasi kepada masyarakat untuk mengembang­kan lagi muzik ini seperti di negara jiran yang sudah ada komuniti A capella sendiri,” jelasnya.

Buat masa ini, COV akan terus menghasilk­an lebih banyak video yang bertemakan perayaan semua kaum di Malaysia dan projek terdekat adalah sempena perayaan Deepavali Oktober ini, katanya.

 ?? — Gambar Bernama ?? 1MALAYSIA: Ahli kumpulan Colour Of Voices (COV) dianggotai lima anak muda pelbagai bangsa Ikhwan, Jaswan, Asnal, Tux dan Joe bergambar kenangan selepas mengadakan persembaha­n, baru-baru ini. COV ingin mempamerka­n keindahan dan keharmonia­n Malaysia...
— Gambar Bernama 1MALAYSIA: Ahli kumpulan Colour Of Voices (COV) dianggotai lima anak muda pelbagai bangsa Ikhwan, Jaswan, Asnal, Tux dan Joe bergambar kenangan selepas mengadakan persembaha­n, baru-baru ini. COV ingin mempamerka­n keindahan dan keharmonia­n Malaysia...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia