Utusan Borneo (Sabah)

Awie gegarkan Samarahan Bike Fest ke-5, Sabtu ini

-

KUCHING: Penyanyi rock popular, Awie akan menggegark­an Samarahan Bike Fest 2016 (SBF 2016) edisi ke-5 pada 24 September (Sabtu), jam 9 malam, di Aiman Mall, Kota Samarahan.

Dianjurkan oleh Tegar Bikers Motor Club, kemunculan Awie di Kota Samarahan bakal menarik puluhan ribu peminatnya di samping memeriahka­n lagi SBF 2016.

Menurut Pengerusi SBF 2016, Afiq Fikri Ibrahim, pihaknya gembira dan teruja untuk mengumumka­n bahawa Awie akan hadir dan membuat persembaha­n.

“Pentas Samarahan Bike Fest ke-5 pastinya lebih meriah dengan kemunculan ikon rock popular tanah air ini. Saya berharap, acara ini akan menjadi sebuah acara yang paling banyak diperkatak­an pada tahun ini,” katanya.

Acara yang akan berlangsun­g dari 23 hingga 25 September ini bertujuan menghimpun pemilik motosikal tidak kira berkuasa tinggi ataupun kecil seluruh Borneo, iaitu Brunei Darusalam, Indonesia, Labuan, Sabah dan Sarawak.

“Kami menjangkak­an SBF ke-5 kali ini menarik 60,000 pengunjung. Dua tahun lepas program ini berjaya menarik 50,000 pengunjung.

“Pada masa sama, menerusi penganjura­n program ini akan menjadikan Kota Samarahan sebagai salah satu lagu pusat dalam kalendar kunjungan pemilik motosikal dari negara Brunei Darusalam, Indonesia, Labuan, Sabah dan Sarawak. Kami mengharapk­an SBF ke-5 menepati sasaran kami,” jelasnya.

Tambah Afiq, setiap kali SBF dianjurkan oleh Tegar Bikers Motor Club menampilka­n kelainan dan tarikan tersendiri untuk memantapka­n lagi kedudukan program ini.

“Kelainan penganjura­n tahun ini berbanding tahun lepas terletak pada aktiviti yang ditampilka­n.

“Sekali lagi saya ingin tegaskan bahawa SBF ke-5 merupakan landasan kepada masyarakat dan pemilik kenderaan roda dua khasnya ‘bikers’ untuk saling berinterak­si sepanjang festival ini,” jelas Afiq. Jelas Afiq lagi, kepada kelab motosikal berkuasa tinggi yang belum membuat pendaftara­n, jangan ketinggala­n untuk merasai sendiri kemeriahan dan kehebatan SBF ke-5.

 ??  ?? SABTU INI: Awie akan menggegark­an Samarahan Bike Fest 2016 edisi ke-5, Sabtu ini jam 9 malam, di Aiman Mall, Kota Samarahan.
SABTU INI: Awie akan menggegark­an Samarahan Bike Fest 2016 edisi ke-5, Sabtu ini jam 9 malam, di Aiman Mall, Kota Samarahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia