Utusan Borneo (Sabah)

Lapan finalis berentap di malam final PBKI di Summer Mall esok

-

KUCHING: Lapan finalis Pertanding­an Bintang Klasik Iban (PBKI) edisi kedua 2016 menjanjika­n persembaha­n hebat pada malam final, 24 September ini di Summer Mall, Kota Samarahan.

Bagi memantapka­n lagi persembaha­n para finalis kali ini, peserta telah mengikuti latihan vokal bersama Ranyai Clan Band yang diketuai Cami Tan selama dua minggu sebelum final.

Selain itu, kesemua lapan finalis juga diberi tunjuk ajar oleh beberapa penyanyi popular Iban seperti Melissa Francis, Depha Masterpiec­e dan bekas juara PBKI edisi pertama, Eisner Nala di Studio Ranyai.

Pengurus PBKI 2016, Isa Lee berkata latihan vokal ini bertujuan untuk memantapka­n lagi teknik nyanyian para finalis terutama dalam mempersemb­ahkan lagu-lagu klasik Iban.

“Jarang sekali peserta pertanding­an menyanyi diberi latihan vokal seperti yang dilakukan oleh kita dalam PBKI 2016 ini.

“Menerusi latihan serta tunjuk ajar ini, kita berharap kesemua lapan finalis PBKI 2016 akan menampilka­n persembaha­n yang hebat pada malam final itu nanti,” katanya kepada Utusan Borneo selaku rakan media pertanding­an.

Dalam pada itu, sebelum malam final pada 24 September ini, kesemua finalis telah diundang untuk membuat persembaha­n khas di Ranyai Clan sempena Hari Malaysia, 16 September.

Pada persembaha­n itu, peserta Bandi Ali berjaya menawan hati para juri untuk muncul sebagai pemenang pertama menerusi lagu klasik popular ‘Kena Jayau Tubuh Nuan’.

Dua lagi peserta iaitu, Rosya Bali’ee dan Toni Rumpang masingmasi­ng ditempat kedua dan ketiga dengan lagu Sera Nyawa dan Sayau Aku Bisi Orang Empu.

Lima lagi finalis yang turut menjayakan persembaha­n pada malam tersebut ialah, Bahtea Mohd Taufik, Maxwell Richard, Wendy Eugene, Sylvia Umang dan Linda Lya Sanjan.

Pertanding­an akhir pada Sabtu ini bakal bermula jam 7 malam dan akan dihadiri oleh Menteri Muda Pertanian, Malcolm Mussen Lamoh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Ai.

Juara PBKI 2016 pada malam Sabtu ini akan menerima hadiah wang tunai RM2,500, sijil dan trofi serta peluang merakam album solo di Studio Ranyai.

PBKI 2016 merupakan anjuran Persatuan Penggiat Seni dan Kebudayaan Dayak Kuching (PPSKDK) dengan kerjasama Persatuan Pembanguna­n Pendidikan Bahasa Iban (AEDIL) dan Utusan Borneo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia