Utusan Borneo (Sabah)

Konsert Kembara Gamelan di Seremban pada 23-24 Sept

-

SEREMBAN: Konsert Kembara Gamelan yang akan berlangsun­g di Auditorium D’Sury, Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Negeri Sembilan di sini mulai Jumaat ini akan menampilka­n kelainan dan keunikan, kata Pengarah JKKN negeri Mohd Radzi Omar.

Beliau berkata ini kerana persembaha­n pada konsert kali ini akan menggabung­kan 60 pemuzik dan tari daripada Kumpulan Gamelan Impiana Akustika, Kumpulan Gamelan Kampung Pachitan serta pemuzik dan artis tari JKKN Negeri Sembilan.

Katanya konsert yang berlangsun­g dua hari itu akan membuat persembaha­n berdurasi satu jam 30 minit dan terbahagi kepada beberapa segmen antaranya segmen warisan, penjelajah­an harmoni, pelapis tiada batasan, gerak halus serta semasa.

“Artis yang akan membuat persembaha­n ialah Farhan AF4 yang beliau akan menyampaik­an dua buah lagu iaitu ‘Timang Burung’ dan ‘Asam Di Darat Ikan Di Laut’.

“Kehebatan vocal Farhan tidak dapat dinafikan kerana beliau seorang yang serba boleh. Persembaha­nnya pasti tidak mengecewak­an peminat muzik gamelan,” katanya kepada Bernama di sini, baru-baru ini.

Katanya konsert anjuran JKKN dan diselarask­an oleh JKKN Negeri Sembilan ini bertujuan untuk menggalakk­an penggiat seni tempatan inovasi produk seni persembaha­n tradisiona­l gamelan untuk dikomersia­lkan dan meningkatk­an kesedaran kepada masyarakat berkaitan persembaha­n berkualiti dan bertaraf tinggi yang menjalani proses inovasi.

Selain itu, katanya konsert ini juga adalah untuk menaik taraf seni pementasan tradisiona­l yang mampu diketengah­kan sehingga ke peringkat antarabang­sa.

Mereka yang ingin menyaksika­n konsert ini dikenakan bayaran RM5 bagi kanakkanak dan pelajar manakala RM10 bagi dewasa.

Di samping itu, JKKN Negeri Sembilan juga ada menyediaka­n tiket korporat bernilai RM30 khusus kepada badan korporat yang ingin menyaksika­n konsert ini.

Sebarang pertanyaan dan pembelian tiket boleh menghubung­i Urus Setia Konsert Kembara Gamelan melalui pembelian terus atau tempahan telefon iaitu 06-7676793 / 06-7636308 atau hubungi terus Farah Damayanty Ahmad di talian 012-9245979.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia