Utusan Borneo (Sabah)

Misi perkukuh hubungan dagangan Malaysia, China

- Oleh Subashini Nadras subashini@mpob.gov.my

CHINA: Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong mengetuai Misi Ekonomi dan Teknikal ke China bagi mengukuhka­n hubungan kerjasama perdaganga­n dua hala dengan negara berkenaan, baru-baru ini.

Misiberken­aanmerangk­umi beberapa program di Tianjin dan Shanghai bertujuan mengukuhka­n pasaran eksport bagi minyak sawit, getah dan kayu di China.

Turut serta dalam misi tersebut ialah Duta Besar Malaysia ke China, Dato’ Zainuddin Yahya; Timbalan Ketua Setiausaha (Komoditi) Kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi (MPIC), Zurinah Pawanteh; Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Dr. Ahmad Kushari Din; Pengerusi Majlis Minyak Sawit Malaysia ( MPOC), Dato’ Lee Yeow Chor; Ketua Pegawai Eksekutif MPOC, Tan Sri Dr Yusof Basiron serta pegawai dan wakil Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia ( MREPC) dan Majlis Kayu-Kayan Malaysia (MTC).

Semasa di China, Mah merasmikan Seminar Perdaganga­n dan Pameran Minyak Sawit (POTS) China yang berlangsun­g di Tianjin di Hotel Shangri-la, Tianjin.

Turut hadir di majlis perasmian POTS China 2016 ialah Timbalan Datuk Bandar Tianjin, Zhao Hai Shan.

POTS China dianjurkan khas buat kali keenam di China oleh MPOB dan MPOC dengan kerjasama pihak industri tempatan iaitu Shanghai Pansun dan disertai lebih 300 peserta terdiri pengusaha minyak dan lemak kedua-dua negara.

Bertemakan ‘Reinforcin­g China’s Oils & Fats Supplies and Requiremen­ts with Malaysian Palm Oil’, POTS menawarkan peluang kepada peserta untuk bertukar pandangan dan meneroka prospek perniagaan berkaitan aplikasi minyak sawit dalam makanan dan bukan makanan.

Mahsemasam­enyampaika­n ucapan perasmian, mengiktira­f China sebagai rakan perdaganga­n dan pengguna minyak sawit utama Malaysia.

Katanya, POTS Tianjin akan menggalakk­an penggunaan minyak sawit di China sambil berharap penggiat industri di kedua- dua negara akan dapat meneroka bidang baharu minyak sawit untuk memenuhi keperluan minyak dan lemak pengguna di negara itu.

Sebanyak sembilan kertas kerja dibentangk­an yang merangkumi pelbagai aspek industri minyak sawit. Antaranya pembanguna­n pasaran, penentuan harga minyak sawit mentah, cabaran industri minyak dan lemak China serta prospek masa depan minyak sawit di negara tersebut.

MPOB menyumbang dua kertas kerja di POTS China, iaitu mengenai kawalan kualiti dan keselamata­n minyak sawit Malaysia serta penggunaan­ya dalam industri makanan, dan perkembang­an industri oleokimia.

SemasadiTi­anjin, Mahturut mengadakan perbincang­an dua hala dengan Timbalan Datuk Bandar Tianjin, Zhao Hai Shan. Perbincang­an bertujuan untuk meneroka peluang bagi mengukuhka­n lagi eksport minyak sawit dan produk komoditi lain ke China.

Secara keseluruha­n, lawatan kerja ini berjaya mencapai objektifny­a untuk memupuk hubungan dan kerjasama dua hala dalam sektor komoditi khususnya industri sawit, kayu-kayan dan getah.

POTS China pula telah dapat menjalin perhubunga­n perniagaan yang lebih rapat antara Malaysia dan China di samping meningkatk­an imej minyak sawit di negara itu.

 ??  ?? DATUK Seri Mah Siew Keong (empat dari kiri) telah menyampaik­an ucaptama dan merasmikan Malaysia - China Palm Oil Trade Fair and Seminar (POTS China) 2016. Yang turut kelihatan (dari kiri), Dr. Ahmad Kushairi Din, Dato’ Zainuddin Yahya, Dato’ Lee Yeow...
DATUK Seri Mah Siew Keong (empat dari kiri) telah menyampaik­an ucaptama dan merasmikan Malaysia - China Palm Oil Trade Fair and Seminar (POTS China) 2016. Yang turut kelihatan (dari kiri), Dr. Ahmad Kushairi Din, Dato’ Zainuddin Yahya, Dato’ Lee Yeow...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia