Utusan Borneo (Sabah)

Pengeluara­n minyak sawit mampan Malaysia lebih berbanding permintaan Eropah

- Oleh Fadzil Ghazali afadzilg@mpob.gov.my

KUALA LUMPUR : Malaysia mengeluark­an minyak sawit bersijil mampan lebih tinggi daripada kemampuan Eropah mengimport komoditi itu.

Sehingga akhir Jun 2016, Malaysia telah mengeluark­an 10.8 juta tan minyak sawit daripada ladang seluas 2.83 juta hektar yang disijilkan sebagai mampan. Namun hanya 1.9 juta tan daripada minyak sawit mampan ini dibeli oleh Eropah pada tahun lalu.

Ladang sawit disahkan mampan mengikut takrif dan syarat- syarat di bawah Roundtable for Sustainabl­e Palm Oil ( RSPO) yang diwujudkan oleh para pemain industri sawit antarabang­sa.

“Pada masa ini, Malaysia mengeluark­an lebih minyak sawit mampan berbanding dengan jumlah yang Eropah mampu untuk import,” kata Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong dalam ucapan perasmian 36th Palm Oil Familiaris­ation Programme (POFP) di sini, baru-baru ini.

Teks ucapan beliau dibaca oleh Timbalan Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha Kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi (MPIC), Zurinah Pawanteh dan Ketua Pengarah MPOB, Dr Ahmad Kushairi Din.

Mah berkata di samping pensijilan RSPO, Malaysia turut melaksanak­an pensijilan mampan dikenali Malaysian Standard on Sustainabl­e Palm Oil (MSPO) untuk memastikan penghasila­n minyak sawit secara mampan.

“Bagi menjamin kejayaanny­a, kerajaan telah menubuhkan Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC), satu badan berkecuali, untuk menerajui pelaksanaa­n MSPO,” tambah beliau.

Skim MSPO bukan sahaja akan memberi jaminan kepada pengguna tentang kualiti minyak sawit Malaysia malah ianya adalah komitmen kerajaan Malaysia untuk memastikan konsep kemampanan adalah menyeluruh dan adil kepada semua pihak.

Sehingga akhir Jun 2016, seluas 188,903 hektar ladang sawit di Malaysia telah diiktiraf sebagai bersijil MSPO dan telah menghasilk­an 614,456 tan minyak sawit mampan mengikut pensijilan MSPO.

Mah berkata walaupun sumbangan minyak sawit kepada pasaran antarabang­sa adalah besar, ianya masih menghadapi pelbagai cabaran dan salah satu daripadany­a adalah imej negatif yang mengatakan minyak sawit tidak baik untuk kesihatan.

Beliau mengambil contoh Iran dan Perancis sebagai negara yang masih belum yakin dengan kebaikan nutrisi minyak sawit.

Di Iran, minyak sawit tidak dibenarkan diguna dalam barangan tenusu kerana kebimbanga­n terhadap kandungan lemak tepu manakala di Itali, satu daripada pasaraya utama di negara itu telah mengalihka­n lebih 200 barangan mengandung­i minyak sawit daripada rak pameran kononnya atas sebab kesihatan.

Mah berkata Malaysia yakin bahawa kunci untuk mengatasi segala cabaran dan tuduhan tidak berasas ini adalah melalui data saintifik yang diperakui.

Penyelidik­an mendalam telah dilaksanak­an oleh pusat kecemerlan­gan antarabang­sa, terutamany­a mengenai aspek nutrisi minyak sawit dan kajian telah membuktika­n bahawa minyak sawit adalah baik dari segi nutrisi dan ianya mempunyai tata rajah molekul lemak yang unik.

“Malah satu kajian daripada Dana Makanan dan Kesihatan Perancis mendapati bahawa penggunaan minyak sawit yang berkuranga­n akan menimbulka­n masalah kesihatan kepada pengguna berikutan pengambila­n trans lemak yang lain,” katanya.

Katanya, satu lagi cabaran terhadap industri sawit adalah imej tiada kemampanan yang dikaitkan dengan industri itu.

Banyak badan bukan kerajaan (NGO) menganggap industri sawit adalah punca kepada pemanasan global dan kemusnahan hutan serta kehilangan flora dan fauna.

 ??  ?? TIMBALAN Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur merasmikan Program Suai kenal Minyak Sawit 2016 (POFP) di Kuala Lumpur. Turut hadir Dr Ahmad Kushairi Din (dua dari kiri), Zurinah Pawanteh dan wakil Kementeria­n Luar...
TIMBALAN Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur merasmikan Program Suai kenal Minyak Sawit 2016 (POFP) di Kuala Lumpur. Turut hadir Dr Ahmad Kushairi Din (dua dari kiri), Zurinah Pawanteh dan wakil Kementeria­n Luar...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia