Utusan Borneo (Sabah)

BASMI AEDES

-

... SJK (C) Che Hwa Kelombong kelmarin mengadakan pembersiha­n longkang di kawasan sekolah dalam usaha membasmi pembiakan nyamuk Aedes.Aktiviti ini memdapat bantuan Bomba dan Penyelamat­an Malaysia Cawangan Lintas. Pembersiha­n ini sebagai salah satu langkah dalam usaha membasmi tempat pembiakan nyamuk di kawasan sekolah ini. Aktiviti ini juga bertujuan mencegah penularan wabak demam denggi dan virus zika. Melalui aktiviti ini secara langsung mendidik murid pentingnya menjaga kebersihan longkang bagi mengelakka­n pembiakan nyamuk Aedes di air longkang yang bertakung. Penglibata­n pihak bomba dalam membantu pihak sekolah meningkatk­an tahap kebersihan sekolah sangat dihargai oleh pihak Lembaga Pengurusan Sekolah dan semua warga sekolah ini. Guru Besar SJK(C) Che Hwa Kelombong Brenden Ling menyatakan agar kerjasama seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi meningkatk­an tahap kebersihan di kawasan sekolah.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia