Utusan Borneo (Sabah)

Usaha bersepadu kekalkan keseimbang­an penggunaan tanah gambut

- Oleh Muhammad Asyraf Hussin & Noor Asmawati Abd Samad asyrafhuss­in@mpob.gov.my/ watie@mpob.gov.my

KUCHING: Usahaberse­padu diperlukan bagi memastikan terdapat keseimbang­an antara mengekalka­n tanah gambut berdasarka­n ciri-ciri yang unik dan penggunaan tanah gambut bagi aktiviti ekonomi.

Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong berkata, simbiosis ini perlu seimbang untuk memastikan penggunaan jangka panjang tanah gambut berkekalan tanpa membahayak­an alam sekitar.

“Pada masa ini, Malaysia mempunyai kawasan tanah gambut seluas 2.43 juta hektar dan 27.5 peratus daripadany­a dibangunka­n untuk tanaman sawit.

“Penanaman sawit di atas tanah gambut adalah tertakluk kepada penelitian daripada pertubuhan alam sekitar serta etika kumpulan sokongan pengguna atas pelbagai sebab.

Katanya, dalam konteks Malaysia, industri sawit amat sinonim dengan pembanguna­n ekonomi dan meningkatk­an tahap pendapatan pekebun kecil di luar bandar.

Beliau berucap semasa majlis perasmian 15th Internatio­nal PEAT Congress 2016 yang disempurna­kan oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem, di sini baru-baru ini.

Mah berkata, dalam usaha menangani isu yang mendakwa penanaman sawit menyumbang kepada degradasi tanah gambut, penebangan hutan, kehilangan biodiversi­ti dan kesan rumah hijau, kerajaan akan memastikan industri sawit mematuhi peraturan dan undang-undang sedia ada.

“Kerajaan juga akan terus menekankan kepada pembanguna­n industri sawit mampan terutamany­a penanaman sawit di atas tanah gambut agar tidak menjurus kepada kemerosota­n alam sekitar dan ekosistem.

Katanya, kerajaan mewujudkan Makmal Penyelidik­an Gambut Tropika (TPRL) di Sarawak dengan kerjasama Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) untuk pembanguna­n amalan terbaik dalam penggunaan tanah gambut bagi penanaman sawit.

Menurutnya, sebanyak RM39.1 juta telah diperuntuk­kan kerajaan bagi menjalanka­n aktiviti penyelidik­an tanah gambut bagi tempoh 2008 hingga 2015.

Selain itu, Mah juga berkata, Malaysia mempunyai 54.6 peratus tanah dilitupi hutan dan ia selaras komitmen kerajaan di ‘Rio Summit 1992’ untuk mengekalka­n sekurang-kurangnya 50 peratus tanah dilitupi hutan.

Katanya, pada masa ini keluasan tanaman sawit adalah 5.64 juta hektar dan akan meneruskan komitmen bagi memastikan pembanguna­n industri sawit mampan.

15th Internatio­nal PEAT Congress 2016 menarik 900 penyertaan daripada lebih 30 negara.

Turut hadir di majlis perasmian kongres berkenaan ialah Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

 ??  ?? DATUK Patinggi Tan Sri Adenan Satem merasmikan kongres berkaitan tanah gambut. Turut kelihatan Datuk Seri Mah Siew Keong (dua dari kiri) dan Datuk Amar Douglas Uggah Embas (tiga dari kanan).
DATUK Patinggi Tan Sri Adenan Satem merasmikan kongres berkaitan tanah gambut. Turut kelihatan Datuk Seri Mah Siew Keong (dua dari kiri) dan Datuk Amar Douglas Uggah Embas (tiga dari kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia