Utusan Borneo (Sabah)

Kayuhan Jelajah Semenanjun­g

Sampaikan mesej patriotism­e kepada masyarakat

-

WALAUPUN sudah bersara daripada pasukan keselamata­n sejak tahun 2013, patriotism­e tetap utuh di sanubari Kapten (B) Zulkiflie Ibrahim, 46, dan rakannya, Askar Dulamit, 56, dari Sabah dan Megat Jailani Mohd Nordin, 38, berasal dari Kuala Lumpur.

Malah, 14 daerah telah menjadi saksi cinta bekas perajurit kepada keamanan dan kemerdekaa­n negara ini.

Bermula di Sentul Kuala Lumpur pada 4 Ogos 2016, mereka mengerah kudrat memulakan Kayuhan Jelajah Semenanjun­g sejauh 1,400 kilometer dengan dua tujuan utama iaitu menyebarka­n mesej mengenang jasa pahlawan dan menggelora­kan kemerdekaa­n dalam kalangan rakyat Malaysia sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Cuaca ekstrem, panas dan hujan yang tidak menentu sama sekali juga tidak sedikitpun melunturka­n semangat mereka untuk tiba di Tanjung Malim, Gopeng, Ipoh, Kuala Kangsar, Lenggong, Tasik Banding dan Batu Melintang.

Setibanya di Kota Bharu, mereka mendapat suntikan moral daripada Pengarah Penerangan Kelantan Datuk Mohd Sabri Abdullah menerusi Majlis Pelepasan Jelajah Ke Besut, Marang, Kemaman, Gabang, Temerloh, Bentong dan berakhir di Dataran Merdeka pada 16 Ogos 2016.

CAPAI OBJEKTIF KAYUHAN

Mula bertugas sebagai anggota tentera darat pada tahun 1988 di Batalion 301 Infantri, Tanah Merah Kelantan, Zulkiflie memaklumka­n penjelajah­an mereka turut singgah di tugu-tugu peringatan pasukan keselamata­n seperti Tugu Peringatan Lebuh Raya Timur Barat di Gerik, Perak dan Dataran Juang Tentera Darat, Tasik Banding, Perak.

“Kami singgah untuk mengenang kembali pengorbana­n pasukan keselamata­n yang gugur semasa menentang komunis pada zaman darurat dan mengajak masyarakat terutama generasi muda untuk mengenang jasa serta pengorbana­n semua anggota keselamata­n termasuk anggota polis, tentera dan

lain-lain.

“Alhamdulil­lah, penduduk setempat setiap daerah yang kami singgah tanpa mengira latar belakang kaum, agama serta ideologi politik telah memberikan sokongan moral dan memuji usaha yang kami jalankan, tidak kurang juga yang memberikan bantuan makanan dan minuman.

“Kami sangat terharu dengan respon dari pengguna jalan raya lain yang memberikan laluan kepada kayuhan mereka dan membunyika­n hon sebagai tanda sokongan.

“Masyarakat wajar mengenang kembali segala khidmat bakti pasukan keselamata­n sama ada yang telah bersara, meninggal dunia, hilang upaya mahupun yang masih berkhidmat dengan memberi sokongan terhadap apa jua program yang dijalankan oleh golongan veteran seperti kami,” ceritanya.

Selain itu, mereka juga mengajak warga negara ini untuk menghargai keamanan hasil perjuangan menentang komunis dan seterusnya

mendapatka­n kemerdekaa­n daripada pihak British.

“Kami bermalam di surau-surau dan kadang kala berkhemah sebagai simbolik mengenang kembali pejuang terdahulu yang bersusah payah semasa menjalanka­n operasi.

“Walaupun tanpa penaja rasmi, jelajah 13 hari itu berjaya mencapai objektif hasil kolaberasi komitmen Kelab Basikal Harimau Malaya Rider dan T’Bud Cyclist Club,” tambahnya.

Dia yang menamatkan perkhidmat­an sebagai Pegawai Tadbir di Regimen 507 Kem Paradise Kota Belud, juga pernah menjayakan ‘Kayuhan Basikal Solo Jelajah Sabah 360’ sejauh 1,500 kilometer anjuran Persatuan Veteran ATM Negeri Sabah (PVATM) pada 3 Jun 2016 dan jelajah dari Kampung Sematan, Lundu, Sarawak ke Simpang Mengayau, Kudat pada 27 April lalu.

PECAHKAN RADIO ANGGOTA

Bercerita mengenai kenangan, Zulkiflie menceritak­an beberapa pengalaman yang sukar dipadam.

Antaranya ialah apabila diarahkan menyertai operasi yang kadang kala mencapai tempoh enam bulan.

Ketika itulah katanya, misi operasi terpaksa mengatasi segala kerinduan pada keluarga. Sehingga pada satu masa, dia bertindak memecahkan radio milik salah seorang anggotanya yang sedang mengumanda­ngkan lagulagu hari raya.

“Saya terpaksa bertindak begitu bagi mengelakka­n musuh mengambil kesempatan pada musim perayaan. Ini kerana mereka tahu akan ada sahaja anggota yang beremosi kerana rindu keluarga dan kampung halaman dan sebagainya.

“Sebagai ketua platun dalam operasi, saya kena ada dua kekuatan iaitu untuk kawal emosi diri sendiri dan kawal emosi anak buah. Saya terpaksa kuatkan mental ketika berhadapan dengan pelbagai ragam anggota terutama pada musim-musim perayaan,” kongsinya dengan bersemanga­t.

Antara operasi-operasi yang pernah beliau tempuhi adalah Ops Kota Foxtrot, Ops Belum, dan Ops Kota Golf.

Tanpa disangka, beliau juga adalah sebahagian dari kenangan pahit yang tercatat dalam lipatan sejarah pembinaan Lebuh Raya Timur Barat yang mengambil masa 11 tahun untuk disiapkan.

JANGAN POLITIKKAN SEJARAH KEMERDEKAA­N DAN ISU KESELAMATA­N

Pasukan keselamata­n telah bermandi darah untuk mencapai kememerdek­aan dan membebaska­n negara dari pelbagai fasa ancaman termasuk komunis.

“Pihak yang tidak bertanggun­gjawab janganlah cuba celarukan pemikiran rakyat terutama generasi muda yang tidak mengetahui fakta sejarah kemerdekaa­n negara.

“Pandangan sebegini secara tidak langsung menafikan pahit maung pengorbana­n pasukan keselamata­n sehingga ramai di antara mereka yang gugur syahid serta tidak kurang juga yang kehilangan anggota badan semasa berjuang.

“Mungkin atas kepentinga­n politik ada pihak yang cuba mengambil kesempatan terhadap perkara seperti ini termasukla­h isu keselamata­n yang menyentuh sistem atau strategi pertahanan negara.

“Biarlah isu keselamata­n dikendalik­an oleh agensi yang berkenaan tanpa campur tangan pihak yang mempunyai kepentinga­n tersembuny­i agar kedaulatan negara terus terpelihar­a dari ancaman luar,” tegas Zulkiflie.

LATIH ANAK WATAN SABAH

Sepanjang 25 tahun berkhidmat dalam Tentera Darat, beliau berbangga kerana dapat melatih seramai 4,000anak watan Sabah yang menganggot­ai Pasukan Askar Wataniah di Kem Paradise Kota Belud, Sabah.

Beliau turut menggalakk­an orang awam yang berkelayak­an menyertai sebarang pertubuhan sukarelawa­n seperti Askar Wataniah, Sukarelawa­n Polis Diraja Malaysia, Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan lain-lain organisasi yang memapu membentuk jati diri dan roh patriotism­e yang tinggi.

Beliau berharap lebih banyak badan korporat akan memberikan peluang pekerjaan yang bersesuaia­n kepada veteran tentera agar mereka tidak hilang arah selepas bersara, selain menyeru kepada rakan - rakan veteranunt­uk terus menyumbang dan menabur jasa kepada masyarakat.

“Kami bukan mahu dijulang, bukan mahu penghargaa­n wang ringgit semata-mata, tetapi cukuplah kehidupan kami terbela dan bantulah kami untuk terus hidup berdikari seperti orang lain.

“Veteran seperti kami ada pelbagai kemahiran dan ilmu hasil latihan yang diterima dahulu. Gunakanlah segala ilmu di dada agar terus berbakti kepada negara dengan menyumbang sesuatu kepada masyarakat melalui cara atau pendekatan yang tersendiri.

“Janganlah meminggirk­an diri kerana veteran tentera juga adalah aset penting sebagai modal insan yang boleh menjadi watak utama dalam pembanguna­n sesebuah negara,” katanya.

RANCANG JELAJAH SETERUSNYA

Kejayaan demi kejayaan pada siri jelajah kayuhan sebelum ini membuatkan Zulkiflie yang juga Presiden Kelab Berbasikal Persatuan Veteran ATM Negeri Sabah (PVATM) merancang untuk meneruskan aktiviti serupa pada masa hadapan.

“Kami akan terus menyumbang kepada masyarakat melalui sukan ini dan berharap ada pihak-pihak yang boleh menyumbang­kan dana atau menaja sebarang program yang bakal kami laksanakan.

“Program jelajah kayuhan bukan sahaja mampu menyampaik­an sesuatu mesej berguna kepada masyarakat dengan efektif malahan ia mampu mempromosi­kan gaya hidup sihat serta merapatkan silaturahi­m dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa,” ujarnya yang kini mengusahak­an kedai basikal.

Beliau yang menetap di sini sejak 15 tahun lalu menyeru rakyat Malaysia agar terus menumpahka­n sepenuh taat dan setia kepada negara berpanduka­n prinsippri­nsip Rukun Negara bagi mengekalka­n kemerdekaa­n.PENERANGAN.

 ??  ?? ZULKIFLIE (kiri) ketika tiba di Tugu Peringatan Lebuh Raya Timur Barat di Gerik, Perak.
ZULKIFLIE (kiri) ketika tiba di Tugu Peringatan Lebuh Raya Timur Barat di Gerik, Perak.
 ??  ?? BERGAMBAR bersama Konvoi PDRM di Bersia, Gerik, Perak.
BERGAMBAR bersama Konvoi PDRM di Bersia, Gerik, Perak.
 ??  ?? PENGARAH Penerangan Kelantan, Datuk Mohd Sabri Abdullah diberi penghormat­an melakukan pelepasan Jelajah Kayuhan di Kota Bharu.
PENGARAH Penerangan Kelantan, Datuk Mohd Sabri Abdullah diberi penghormat­an melakukan pelepasan Jelajah Kayuhan di Kota Bharu.
 ??  ?? BERGAMBAR kenangan bersama Kelab Basikal Harimau Malaya Rider setibanya di Dataran Merdeka.
BERGAMBAR kenangan bersama Kelab Basikal Harimau Malaya Rider setibanya di Dataran Merdeka.
 ??  ?? ZULKIFLIE semasa pelepasan Kayuhan Basikal Solo Jelajah Sabah 360 di Bangunan Sabah Tourism Board.
ZULKIFLIE semasa pelepasan Kayuhan Basikal Solo Jelajah Sabah 360 di Bangunan Sabah Tourism Board.
 ??  ?? MENTERI Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan (kiri) menyambut ketibaan Zulkiflie yang menamatkan Kayuhan Basikal Solo Jelajah Sabah 360.
MENTERI Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan (kiri) menyambut ketibaan Zulkiflie yang menamatkan Kayuhan Basikal Solo Jelajah Sabah 360.
 ??  ?? ASKAR (kiri), Zulkiflie (tengah) dan Megat (kanan).
ASKAR (kiri), Zulkiflie (tengah) dan Megat (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia