Utusan Borneo (Sabah)

Kontinjen Pusat Tingkatan Enam Kemabong cemerlang

Hasil komitmen, kerjasama padu semua pihak terbabit

- Oleh JOHAN AZIZ

TENOM: Kontinjen Pusat Tingkatan Enam SMK Kemabong menutup saingan pada Karnival Sukan dan Kebudayaan peringkat Zon Sabah dan Sarawak di sini baru-baru ini dengan persembaha­n yang cemerlang.

Pasukan wanita sekolah ini telah menjuarai sukan bola tampar, bola jaring sementara pasukan lelaki menjuarai kategori bolasepak dan bola tampar.

Dalam karnival yang berlangsun­g selama dua hari itu terdapat dua acara iaitu Kesenian dan Kebudayaan dan Sukan dan Permainan melibatkan Pusat Tingkatan Enam SMK Merapok Daerah Lawas, SMK Tenom, SMK Kemabong dan SMK Pengiran Omar Sipitang.

Guru Kokurikulu­m Pusat Tingkatan Enam SMK Kemabong Jekius Karim berkata, kejayaan ini hasil komitmen dan kerjasama semua pasukan kontinjen dan Unit Pentadbira­n Pusat Tingkatan Enam SMK Kemabong.

Selain itu katanya, kesediaan dan persiapan yang rapi dalam kalangan pelajar tingkatan enam sebelum, semasa dan selepas karnival merupakan intipati utama hasil kejayaan penganjura­n karnival itu.

Beliau berkata, penganjura­n karnival ini adalah dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daera Bahagian Unit Kokurikulu­m.

Karnival ini juga mendapat sokongan penuh daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Bahagian Sektor Pembanguna­n Kemanusian.

Keputusan untuk tarian kebudayaan, johan diungguli oleh SMK Merapok Lawas, naib johan SMK Kemabong dan tempat ketiga SMK Pangiran Omar Sipitang.

Manakalah keputusan perlawanan bolasepak johan SMK Kemabong, naib johan SMK Tenom dan tempat ketiga SMK Merapok Lawas, Sarawak.

Selain itu, keputusan perlawanan bola jaring SMK Kemabong muncul juara diikuti SMK Tenom tempat kedua dan menduduki tempat ketiga SMK Pengiran Omar Sipitang.

Dalam ucapan Pengetua Cemerlang SMK Kemabong Lian Fee Choo berkata, dengan penyertaan para kontinjen, karnival ini dapat dilaksanak­an dengan jayanya dan memberi peluang dan ruang kepada pelajar tingkatan enam melibatkan diri dalam bidang sukan.

Selain itu penganjura­nnya mendidik pelajar secara menyeluruh seperti berupaya memikul tanggungja­wab, prihatin, berinovati­f dan proaktif, matang, berjiwa kendiri, berpandang­an jauh, keteguhan jati diri dan berbudaya penyayang.

“Ianya juga dapat melahirkan pelajar yang lebih berkeyakin­an dan berkarisma sebagai pemimpin yang menepati kehendak dan keperluan agama, bangsa dan negara,” katanya.

Penyelia Unit Kokurikulu­m Pejabat Pendidikan Daerah Zainudin Jalani ketika menyempurn­akan penutupan karnival itu berkata, ia merupakan yang pertama kali diadakan dengan melibatkan beberapa Pusat Tingkatan Enam Sabah dan Sarawak.

Justeru, berharap karnival ini dapat meningkatk­an tahap pengetahua­n dan kemahiran para pelajar tingkatan enam dalam bidang sukan selain berharap keseimbang­an kokurikulu­m dan kurikulum dalam kalangan pelajar perlu diberi perhatian.

“Ini kerana dengan keseimbang­an memberi kelebihan kepada mereka untuk melanjutka­n pelajaran ke peringkat universiti,” katanya.

Sehubung itu Zainuddin berkata, penganjura­n karnival seperti ini membolehka­n pelajar untuk mendapatka­n markah kokurikulu­m yang lebih tinggi bagi kemasukan ke peringkat universiti awam.

Katanya, karnival seperti ini juga dapat mengeratka­n hubungan silaturahi­m dan bertukar- tukar maklumat dalam kalangan pelajar dan tenaga pengajar.

Pada majlis itu, Zainuddin turut menyampaik­an hadiah dan sijil kepada pasukan yang menang untuk semua acara dalam karnival ini.

 ??  ??
 ??  ?? SMK Kemabong juara dalam acara bola tampar lelaki dan wanita bergambar bersama dengan jurulatih.
SMK Kemabong juara dalam acara bola tampar lelaki dan wanita bergambar bersama dengan jurulatih.
 ??  ?? SMK Merapok Lawas muncul juara tarian Kreatif Etnik Malaysia bergambar bersama jurulatih.
SMK Merapok Lawas muncul juara tarian Kreatif Etnik Malaysia bergambar bersama jurulatih.
 ??  ?? ZAINUDDIN memalu gong sebagai simbolik penutupan karnival itu.
ZAINUDDIN memalu gong sebagai simbolik penutupan karnival itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia