Utusan Borneo (Sabah)

Karnival Belia KB jadi perintis

-

KOTA BELUD: Karnival Belia yang berkonsepk­an sukan, riadah serta kebudayaan akan menjadi perintis dan menjadi suatu program tradisi bagi golongan belia dan beliawanis di daerah ini, pada masa hadapan.

Ketua Penerangan Pemuda Umno Kota Belud Zamzuri Pandikar berkata, matlamat utama karnival itu adalah untuk merapatkan ukhuwah di antara persatuan-persatuan serta pertubuhan-pertubuhan dan tidak lupa juga ukhuwah bersama komuniti setempat yang berbilang suku kaum serta agama selaras dengan konsep 1Malaysia yang diterajui oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Katanya, ‘ 1Belia 1Minda 1Agenda’ menjadi pilihan slogan bertujuan menyerlahk­an golongan belia dan beliawanis dalam pelbagai aspek yang membolehka­n mereka lebih yakin dengan diri sendiri dengan cara mengekspre­sikan kemahiran diri melalui aktiviti yang disediakan.

“Konsep riadah santai yang diketengah­kanmampume­narik perhatian pengunjung kerana bukan saja karnival ini akan menjalanka­n aktiviti-aktiviti berbentuk sukan malah acaraacara berbentuk kerohanian, kekeluarga­an, dan kebudayaan juga turut diselitkan.

“Oleh itu, penggunaan perkataan ‘Varia-C’ sebagai tema turut diselitkan dalam tajuk karnival ini menandakan kepelbagai­an aktiviti-aktiviti yang akan dianjurkan sepanjang karnival ini berlangsun­g,” katanya.

Zamzuri yang juga pengerusi penganjur berkata demikian ketika merasmikan pelancaran Kejohanan Sepak Takraw dan Futsal wanita, anjuran Karnival Varia-C Belia Muhibbah di Kampung Rampayan Laut, di sini baru-baru ini.

Pelancaran acara sukan pertama iaitu bola sepak 9 sebelah pelancaran­nya telah dirasmian oleh Speaker Dewan Rakyat yang juga Penaung Karnival berkenaan, Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia pada, Ahad lepas.

Manakala penutupan pada 25 September 2016 akan dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia Khairy Jamaluddin.

Zamzuri berkata, amat diharapkan persatuanp­ersatuan atau pertubuhan­pertubuhan berpengala­man menganjur yang turut dilibatkan sepanjang karnival ini berlangsun­g dapat memberi tunjuk ajar dan menjadi suri teladan atau ‘role model’ kepada mereka yang kurang atau tiada pengalaman menganjur.

Katanya, objektif utama karnival ini bukanlah semata-mata untuk mencari kemenangan dan kejuaraan.

Namun katanya, mana-mana kejohanan dan pertanding­an yang dijalankan sempena karnival ini dilihat sebagai platform untuk memupuk semangat kerja berpasukan selain mengeratkk­an lagi hubungan silaturahi­m di antara semua yang telibat sebagai penganjur, para peserta dan komuniti setempat.

“Dua eleman penting ini iaitu kerjasama berpasukan atau hubungan baik merupakan strategi terbaik yang boleh diterjemah­kan dalam melaksanak­an tugas seharian yang diamanahka­n kepada kita sebagai waris negara ini.

“Bekerja secara solo atau bersendiri­an mungkin tidak lagi relevan di zaman ini dan kita sebagai belia dan beliawanis hari ini perlu menumpukan kepada kerja secara berpasukan agar segala visi dan misi yang dirancang dapat dicapai, bak kata pepatah lama ‘Sepakat membawa berkat’.

Beliau berharap agar matlamat pihak penganjur dapat memberi peluang, ruang dan pendedahan kepada mana-mana persatuanp­ersatuan serta pertubuhan­pertubuhan yang tidak pernah menganjur.

 ??  ?? ZAMZURI merakam gambar bersama para pemain dan tiga orang pangadil Sepak Takraw Malaysia.
ZAMZURI merakam gambar bersama para pemain dan tiga orang pangadil Sepak Takraw Malaysia.
 ??  ?? ZAMZURI (berdiri belakang, tengah) merakam gambar bersama pemain dan pengurus kejohanan futsal wanita Kota Belud.
ZAMZURI (berdiri belakang, tengah) merakam gambar bersama pemain dan pengurus kejohanan futsal wanita Kota Belud.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia