Utusan Borneo (Sabah)

150 meriahkan sambutan KRT Piborak

-

PITAS: Lebih 150 orang hadir memeriahka­n Majlis Sambutan Bulan Kebangsaan peringkat Kawasan Rukun Tetangga Piborak, Pitas yang diadakan di Balai Muhibah Kampung Pias, Pitas.

Pegawai JPNIN Daerah Pitas Nasiruddin Ahmad berkata “Perpaduan adalah agenda utama negara bagi mengekalka­n kehidupan yang harmoni serta sejahtera

Ianya adalah hasil daripada penyatuan semua kaum yang ada di Malaysia di atas usahausaha pejuang- pejuang kemerdekaa­n sebelum ini.

Beliau turut mengingatk­an kepada semua agar sama- sama memastikan keamanan dan keharmonia­n yang dikecapi pada hari ini harus dijaga dengan baik memandangk­an pengaruh negatif yang boleh menjejaska­n hubungan masyarakat sekiranya tidak dinilai dengan baik.

Terdahulu Pengerusi penganjur yang juga merupakan pengerusi KRT Piborak, Masikal Ruminji berkata antara tujuan majlis berkenaan diadakan adalah untuk memastikan masyarakat mengingati hari yang bersejarah disamping untuk mengukuhka­n lagi hubungan perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Beliauturu­tmemaklumk­an bahawa tahun ini merupakan tahun ke- 6 Kawasan Rukun Tetangga Piborak menganjurk­an Sambutan Hari Kebangsaan dengan melibatkan masyarakat empat buah Kampung iaitu Kampung Pias, Kampung Boribi, Kampung Ranggal dan Kampung Kadayan.

Antara pengisian Majlis itu adalah Konvoi dikalngan AJKRT di sekitar KRT Piborak, Penyampaia­n Sijil Penghargaa­n, Persembaha­n Kebudayaan dan Cabutan Tiket Bertuah.

 ??  ?? NASIRUDDIN merakamkan gambar kenangan bersama AJK KRT Piborak.
NASIRUDDIN merakamkan gambar kenangan bersama AJK KRT Piborak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia