Utusan Borneo (Sabah)

Jainab rasmi Forum Bicara Kos Sara Hidup

-

KOTA KINABALU: Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Datuk Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Ayid telah merasmikan penutupan Forum Bicara Kos Sara Hidup di Dewan Wisma Wanita, Kota Kinabalu kelmarin.

Forum yang disertai oleh kira- kira 300 peserta itu dianjurkan oleh Pejabat Perdaganga­n Dalam Negeri Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Sabah dan Skuad Pengguna Negeri Sabah.

Berucap di majlis itu Jainab berkata, program itu adalah inisiatif yang bermanfaat untuk memberi penerangan dan pendedahan kepada orang awam khususnya rakyat Sabah tentang kos sara hidup.

“Ia juga dapat meleraikan persoalan tentang kenaikan kos sara hidup dan cara-cara menangani kenaikan kos sara hidup agar kita tidak dibeban dengan masalah itu,” katanya.

Menurutnya, berdasarka­n statistik Jabatan Perangkaan Malaysia, Indeks Harga Pengguna ( IHP) bagi bulan Ogos 2016 secara keseluruha­nnya meningkat pada kadar 1.5% berbanding dengan bulan yang sama tahun lalu.

Katanya, statistik juga menunjukka­n peningkata­n sebanyak 3.5% bagi indeks kumpulan makanan dan minuman bukan beralkohol berbanding sebelumnya.

Jainab berkata, ia dipengaruh­i oleh kenaikan indeks bagi empat sub kumpulan makanan iaitu daging mencatat kenaikan sebanyak 6.9 peratus, makanan lautdanika­nmencatatk­enaikan sebanyak 5.2%, sayur (3.9%) dan buah-buahan (3.1%).

Turut hadir di majlis itu ialah Pengerusi Skuad Pengguna Negeri Datuk Amisah Yasin dan Timbalanny­a Datuk Aminah Ambrose dan Timbalan Pengarah dari Pejabat Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an Negeri Sabah Yahya Sujak.

 ??  ?? JAINAB menerima cenderamat­a daripada Amisah (dua dari kiri) sambil diperhatik­an oleh Aminah (kiri).
JAINAB menerima cenderamat­a daripada Amisah (dua dari kiri) sambil diperhatik­an oleh Aminah (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia