Utusan Borneo (Sabah)

RAKYAT TOLAK PARTI BERMUSIM

BN terus berjuang berlandask­an kepentinga­n rakyat Sabah

-

KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) Sabah akan terus berjuang berlandask­an kepentinga­n rakyat dan negeri itu, kata Setiausaha BN Sabah Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Sehubungan itu, beliau yakin rakyat Sabah akan menolak mana-mana parti yang muncul secara bermusim, lebih- lebih lagi jika parti berkenaan diwujudkan atas kepentinga­n peribadi.

“BN Sabah pada masa yang sama akan sentiasa memantau sama ada dasar dan kenyataan daripada mereka (pemimpin parti baharu) bercanggah dengan apa yang dilaunglau­ngkan semasa mereka berada dalam BN,” katanya dalam kenyataan di sini kelmarin.

Abdul Rahman yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengulas langkah bekas Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal untuk menerajui sebuah parti politik tempatan Sabah untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti.

Katanya rakyat Sabah sudah tentu berhak mempersoal­kan integriti, konsistens­i dan prinsip mereka yang sentiasa berubah- ubah sekiranya kenyataan mereka kelak bercanggah dengan kenyataan-kenyataan mereka semasa berada dalam BN.

“Kita tunggu dan lihat perkembang­an selanjutny­a,” tegasnya.

Di Petaling Jaya, Anggota Parlimen K ina batangan Datuk Bung Moktar Radin berkata Umno dan BN Sabah yakin sokongan rakyat di negeri itu kekal positif dan akan berterusan walaupun terdapat usaha untuk membangunk­an sebuah parti politik baharu.

Katanya tindakan bekas Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang berhasrat mengambil alih sebuah parti politik di Sabah dan bertanding pada pilihan raya umum akan datang disifatkan tidak akan menjejaska­n BN.

“Saya cukup yakin rakyat kekal dengan Umno dan BN, ini kerana kita sudah mempunyai ‘ track record’ dan ‘trademark’... jadi, sudah pasti terdapat perbezaan yang amat ketara,” katanya kepada pemberita pada prapelanca­ran Sambutan 50 Tahun Felcra, di Perkaranga­n Utama Sri Pentas, di sini kelmarin.

Mohd Shafie dilaporkan mengesahka­n beliau telah mengambil alih sebuah parti politik di Sabah yang ditubuhkan sejak 2013.

Parti tersebut kini dalam proses pembaharua­n dan permohonan untuk pertukaran nama dan logo serta telah dihantar kepada Pejabat Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Mohd Shafie bagaimanap­un enggan mendedahka­n nama baharu serta nama parti yang telah diambil alih itu bagi menghormat­i beberapa pihak dan pengumuman hanya akan dibuat selepas mendapat kelulusan daripada ROS.

Bung Moktar berkata pembanguna­n kepada rakyat yang selama ini dilakukan oleh BN dan Umno bukan perkara mudah dan memerlukan perancanga­n berterusan.

“Kerajaan pimpinan BN sentiasa mendengar masalah rakyat dan berusaha menyelesai­kannya de ngan segera.

“Itu adalah kelebihan kita. Kita mampu bersatu dalam beberapa isu walaupun bukan semua isu tersebut kita boleh setuju tetapi akhirnya kita akan bersetuju dengan isu-isu yang tertentu dan ini akan memberi kelebihan kepada BN sebab kita memahami perjuangan masing masing,” ujar beliau. -Bernama

 ??  ??
 ??  ?? BUNG
BUNG
 ??  ?? ABDUL RAHMAN
ABDUL RAHMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia