Utusan Borneo (Sabah)

Dua suspek kes ragut guna van diberkas

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Dua suspek peragut yang dipercayai menjalanka­n aktiviti mereka menaiki van berjaya diberkas polis di sini pada Khamis, susulan dua kes ragut yang viral di aplikasi media sosial.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata kedua- dua suspek yang masing-masing berusia 21 dan 22 tahun itu berjaya diberkas hasil perkongsia­n maklumat daripada orang awam.

“Kedua- dua suspek dipercayai terlibat dalam dua kes ragut yang dilaporkan berlaku di hadapan Bangunan Sthamin dan SMK Holy Trinity,” katanya.

Fadil berkatas epasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Tawau dan Strike Force menangkap suspek pertama di Jalan Persisiran sementara suspek kedua pula di Kg Kongsi 8.

Mengulas lanjut, beliau berkata suspek kemudianny­a membawa polis ke sebuah rumah tidak bernombor di Kg Tinagat, Batu Payung sebelum rampasan pelbagai barang dilakukan.

“Antara yang dirampas, sebuah van Toyota Lite Ace berwarna krim yang disyaki digunakan untuk jenayah ragut dan telefon bimbit yang dipercayai milik mangsa kes ragut,” katanya.

Menurutnya, berikutan itu polis bertindak menahan reman kedua- dua suspek bermula Jumaat lepas dan membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Menyentuh hal berkaitan, Fadil memberikan penghargaa­n kepada orang awam kerana membantu menyalurka­n maklumat kepada polis sehinggala­h suspek berjaya ditangkap.

 ??  ?? SUSPEK peragut diberkas hasil bantuan maklumat orang awam.
SUSPEK peragut diberkas hasil bantuan maklumat orang awam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia