Utusan Borneo (Sabah)

Polis soal-siasat dua saksi penting video viral

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Polis menjalanka­n soal- siasat kepada dua saksi penting susulan video viral laporan siasatan ‘pembongkar­an’ aktiviti jalan tikus pendatang tanpa izin ( PTI) oleh sebuah media asing.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata wajah kedua-dua saksi itu dikesan berada di dalam rakaman video berkenaan.

“Kedua-dua saksi berumur 38 tahun itu dikesan ada di dalam rakaman video viral terbabit dan kita merakam perbualan bersama mereka,” katanya.

Fadil berkata saksi pertama berketurun­an Bugis, warga Indonesia, namun tiada keterangan diri, bekerja sebagai buruh ladang kelapa sawit dan beralamat di Kg Andrassy Batu 17.

Menurutnya, saksi kedua juga seorang lelaki berketurun­an Bugis dari Indonesia, tiada keterangan diri, serta turut bekerja di ladang kelapa sawit dan beralamat di kampung sama dengan saksi pertama.

“Kedua- dua lelaki ini bukanlah suspek tetapi saksi utama di dalam siasatan kes yang sedang kita jalankan,” katanya, sambil mendedahka­n penahanan saksi dibuat kirakira jam 3.45 petang.

Beliau berkata penahanan kedua- dua saksi adalah untuk membantu siasatan berhubung video viral yang turut memaparkan dakwaan berlakunya salah laku oleh penguatkua­sa di negara ini.

Mengulas lanjut, penahanan terbabit dilakukan oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah IPD Tawau bersama pasukan lain diketuai Insp Muhammad Sobri di sebuah rumah tidak bernombor.

“Turut ditahan, tiga lagi perempuan kerana gagal menunjukka­n dokumen pengenalan­diriyangsa­hsemasa pemeriksaa­n dijalankan oleh pasukan polis yang bertugas,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia