Utusan Borneo (Sabah)

Mourinho makin ‘kepanasan’, azam tutup mulut pengkritik

Azam tutup mulut pengkritik apabila Manchester United berdepan Leicester City

-

LONDON: Jose Mourinho berjanji untuk menutup mulut pengkritik apabila Manchester United berdepan dengan juara bertahan Leicester, manakala seteru lamanya Arsene Wenger berharap untuk meraikan pencapaian yang tidak dapat dilupakan dengan kejayaan yang unik ke atas Chelsea pada malam ini (Sabtu).

Mourinho mendapati diri menerima tekanan tidak sampai dua bulan selepas dia menjadi pengurus United setelah mengalami tiga kekalahan berturuttu­rut dan memperoleh­i kemenangan yang tidak meyakinkan dalam Piala Liga di kelab divisyen ketiga Northampto­n.

United sudah ketinggala­n enam mata di belakang pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) Manchester City dan satu lagi kekalahan di Old Trafford pada hujung minggu ini pasti memberi tamparan yang begitu hebat kepada usaha Mourinho untuk meninggalk­an kesan pengaruhny­a ke atas pasukan yang gagal mencapai prestasi sebenar sejak beberapa tahun yang lalu.

Selepas memenangi tiga perlawanan liga pertama mereka di bawah Mourinho, selain menewaskan Leicester dalam perlawanan Community Shield, United tewas kepada City dan Watford, sebelum dan selepas kekalahan di Feyenoord dalam Liga Europa.

Taktik dan pemilihan pasukan oleh Mourinho telah dipersoalk­an, manakala ada yang mendakwa kritikan terbuka pengurus itu mengenai pemain individu, termasuk pemain pertahanan yang mengalami kecederaan, Luke Shaw, tidak begitu disenangi dalam bilik persalinan.

Menewaskan kelab kecil Northampto­n tidak dapat mengekang rasa tidak puas hati yang semakin meningkat tetapi, dalam gaya yang yakin seperti biasa, Mourinho telah keluar tanpa rasa gentar.

“Kami mengalami minggu yang buruk. Saya tahu dunia penuh dengan Einstein. Saya tahu mereka cuba memadamkan karier saya selama 16 tahun,” kata Mourinho.

“Mereka cuba memadamkan sejarah Manchester United yang tidak dapat dipercayai dan fokus kepada minggu yang teruk dengan tiga keputusan buruk. Tetapi itu adalah bola sepak baharu, ia penuh dengan Einstein.”

Hakikat bahawa Mourinho berada pada tahap yang rendah pada hujung minggu yang sama di mana Wenger meraikan ulang tahunnya yang ke-20 sebagai pengurus Arsenal pasti tidak terlepas daripada pandangan warga Perancis itu.

Wenger, yang banyak kali dihina oleh Mourinho pada masa lalu, berdepan dengan Chelsea dengan matlamat untuk memperbaik­i rekod buruk bagi lima kemenangan dalam 31 pertemuan terakhir mereka dengan pasukan The Blues.

Pencapaian besarnya yang terakhir – perlawanan­nya yang ke- 1,000 sebagai pengurus Arsenal – dirosakkan oleh kekalahan 6-0 di Stamford Bridge.

Namun selepas melihat pasukan barisan kedua menang 4-0 di Nottingham Forest dalam Piala Liga pada pertengaha­n minggu, selepas kejayaan 4-1 di Hull pada hujungming­gulepas, Wenger yakin bakat mendalam dalam skuadnya dapat membantu memulihkan ketenteram­an ekoran permulaan musim yang lembap.

“Kami ada empat hari untuk bersiap sedia bagi perlawanan menentang Chelsea, marilah kita fokus kepada itu sekarang,” kata Wenger.

“Prestasi menunjukka­n pemain yang bermain di Hull perlu waspada dan itulah apa yang kami mahukan – perebutan untuk tempat.”

Chelsea pula memulakan perlawanan tetangga London dengan dorongan daripada kemenangan 4-2 dalam Piala Liga di Leicester di mana mereka bangkit selepas ketinggala­n 2-0.

Seorang pemain yang ingin sekali bermain di Emirates adalah Cesc Fabregas, yang mencipta nama sebagai pemain di bawah Wenger di Arsenal.

Pemain tengah Sepanyol itu belum lagi memulakan perlawanan dalam liga pada musim ini tetapi selepas menjaringk­an dua gol dalam masa tambahan di Leicester, dia berharap untuk disenaraik­an dalam barisan kesebelasa­n utama Antonio Conte di Emirates.

“Ia adalah situasi baharu bagi saya dalam karier saya selepas 13 tahun pada asasnya bermain sepanjang masa untuk kelab dan pasukan kebangsaan saya,” kata Fabregas.

“Dan ia adalah sukar, saya tidak akan menafikann­ya. Namun perkara terakhir yang saya akan buat adalah merungut atau mengangkat tangan dan berputus asa.”

City yang menduduki tempat teratas liga bertandang ke Swansea buat kali kedua pada minggu ini selepas mereka menang 2-1 di Stadium Liberty dalam Piala Liga.

City memenangi kesemua sembilan perlawanan di bawah pengurus Pep Guardiola, termasuk lima dalam liga, dan warga Sepanyol itu mengekalka­n pasukannya di selatan Wales untuk membantu pemulihan mereka pada waktu yang sibuk sekarang.

Walaupun demikian perubahan adalah pasti kerana Sergio Aguero sudah kembali dari penggantun­gan dan kapten Vincent Kompany bergelut dengan kecederaan yang dialami pada pertengaha­n minggu.

“Saya mahu kami pulih dengan baik, dan berlatih dengan baik, bersiap sedia sebaik mungkin untuk perlawanan kami di Swansea, untuk perlawanan kami dalam Liga Juara-Juara dan untuk Tottenham di tempat lawan,” kata Guardiola.

Everton di tempat kedua bertandang ke Bournemout­h dengan hasrat untuk bangkit daripada kekalahan pertama mereka, kepada Norwich dalam Piala Liga pada pertengaha­n minggu, sejak jurulatih dari Belanda Ronald Koeman memikul tanggungja­wab. – AFP

 ??  ??
 ??  ?? MOURINHO
MOURINHO
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia