Utusan Borneo (Sabah)

Brangelina, pasangan Hollywood tidak sama seperti yang lain

-

SEGALANYA mengenai Angelina Jolie dan Brad Pitt – daripada glamor mereka yang tiada tandingan hingga kepada enam orang anak mereka – menonjolka­n mereka di Hollywood selama sedekad dan menyaksika­n setiap gerakan mereka dipantau dengan dekat di seluruh dunia.

Menyumbang kepada status bintang mega ini adalah cara mereka berkenalan, rupa mereka yang menawan, gaya hidup yang luar biasa, karier yang mencabar dan berjaya serta kerja kemanusiaa­n.

Sememangny­a, cara pasangan ini terbentuk adalah gambaran legenda di Hollywood – dan impian mana-mana pemberita media gosip yang menjadi kenyataan.

Pada 2004, Jolie, ketika itu berusia 28 tahun, berkenalan dengan Pitt, 40 tahun dan masih lagi berkahwin dengan Jennifer Aniston, ketika membuat penggambar­an ‘Mr & Mrs Smith’, sebuah filem aksi di mana mereka berlakon sebagai sepasang suami isteri.

Khabar angin mula tercetus dan pada Mac 2005, Pitt dan Aniston bercerai.

Jolie, yang memenangi anugerah Oscar pada 2000 dan dilihat sebagai salah seorang wanita paling seksi dalam dunia hiburan, kemudian bergabung dengan seorang lagi gergasi Hollywood dalam Pitt.

Beberapa minggu kemudian, mereka muncul sebagai satu pasangan dalam satu ‘photo shoot’ yang luar biasa dalam majalah W, dalam satu siri masa lalu yang menimbulka­n kehidupan berumahtan­gga pada era 1950-an – lengkap dengan lima kanak-kanak. Dan lahirlah mitos berkenaan.

Pada Selasa lepas lapo- ran menyebut Jolie telah memfailkan perceraian dari Pitt, menandakan tamatnya satu pasangan yang dikenali ramai sebagai ‘Brangelina’.

Sepanjang kemasyhura­n bersama mereka, Pitt dan Jolie menjalin hubungan yang dijaga dengan teliti dengan Hollywood dan media berita, yang menyajikan mereka sebagai perlu tetapi juga menjarakka­n diri daripada mereka.

Di satu segi adalah semua kegemilang­an permaidani merah di Anugerah Oscar dan sebagainya, serta beberapa filem blockbuste­r dan temuramah yang diadakan sekali-sekala.

Namun mereka juga hidup seperti nomad mewah, jauh dari Hollywood, dan meli- batkan diri dalam panggung ‘arthouse’.

Satu contoh yang baik bagi hubungan mereka yang unik dengan kemasyhura­n adalah ini: pasangan itu menjual gambar tiga anak kandung mereka yang baharu lahir kepada beberapa penerbitan untuk bayaran yang begitu lumayan sekali. Kemudian mereka mendermaka­n wang tersebut kepada badan kebajikan. Mereka melakukan perkara yang sama apabila mereka akhirnya berkahwin pada 2014. Mereka juga ada tiga anak angkat.

Aura pasangan itu hanya berkembang apabila mereka melibatkan diri dalam projek-projek bukan lakonan, sama ada sebagai individu atau sebagai pasangan.

Pitt memenangi Anugerah Oscar bagi filem terbaik pada 2014 sebagai penerbit filem ‘12 Years A Slave’. Dia juga menceburi bidang rekaan dan fotografi.

Jolie mula mengarah filem, yang menerima sambutan yang agak kritis. Filemnya yang paling terkenal adalah ‘Unbroken’, yang dikeluarka­n pada 2014.

Pasangan itu turut membuat wain di sebuah hartanah di selatan Perancis yang mereka mula sewa pada 2008 dan akhirnya beli pada 2012.

Walaupun mereka dikenali sebagai ‘Brangelina’, ia adalah Jolie yang seakanakan berkuasa dalam pasangan ini, seorang di antara segelintir orang di dunia dan dengan akses kepada lingkungan kuasa tertinggi.

Jolie juga terlibat dalam kerja kemanusiaa­n manakala Pitt cenderung berprofil lebih rendah sedikit.

Dia bertindak sebagai duta muhibah dan kemudian utusan khas untuk agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menjadi aktivis yang lantang menentang keganasan seksual dalam zon perang selain bekerja untuk melindungi spesies haiwan terancam.

Salah satu simbol paling ketara di dunia dalam kempen memerangi kanser, dia menjalani mastektomi berganda pada 2013 dan ke- mudian pembuangan ovari dan tiub falopianny­a untuk mencegah bentuk agresif penyakit itu yang telah membunuh ibu, nenek dan ibu saudaranya. Dua tahun kemudian dia menulis satu rencana terbuka dalam akhbar The New York Times di mana dia bercerita mengenai pembedahan ovarinya dan menasihatk­an wanita untuk mengambil tindakan pencegahan daripada penyakit berkenaan seperti apa yang dia lakukan, dan menyatakan “pengetahua­n adalah kuasa”.

Dan hingga ke akhirnya, imej Jolie sebagai ketua dalam pasangan itu kekal: ia adalah dia, dan bukan Pitt, yang memfailkan perceraian dan menuntut penjagaan tunggal ke atas anak-anak mereka. — AFP

 ??  ??
 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? GAMBAR fail bertarikh 8 Mei 2014 ini menunjukka­n Brad Pitt dan Angelina Jolie semasa tiba untuk pameran khas kostum ‘Maleficent’ di Kensington Palace di London.
— Gambar Reuters GAMBAR fail bertarikh 8 Mei 2014 ini menunjukka­n Brad Pitt dan Angelina Jolie semasa tiba untuk pameran khas kostum ‘Maleficent’ di Kensington Palace di London.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia