Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia komited perangi keganasan penerbanga­n

Turut taja resolusi mengenai keselamata­n penerbanga­n di Majlis Keselamata­n PBB

- Daripada KENNEDDY CORLLEUS

NEW YORK: Selaras mewujudkan hubungan lebih kukuh dan memerangi keganasan, Malaysia turut mengambil peranan menaja bersama satu resolusi di Majlis Keselamata­n Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (UNSC) yang menjurus ke arah mewujudkan keamanan.

Langkah itu bagi mendokong langkah Majlis Keselamata­n yang berusaha memerangi keganasan, sesuai dengan standard ditetapkan oleh Pertubuhan Penerbanga­n Awam Antarabang­sa (ICAO).

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata, dengan komitmen itu, Malaysia berharap kerjasama dapat diperkukuh­kan lagi antara semua pihak berkaitan demi menjamin keselamata­n penerbanga­n global.

Katanya, menerusi komitmen bersama Malaysia itu akan membolehka­n hubungan antara ICAO dan UNSC lebih mantap, seterusnya menghasilk­an peningkata­ndalamaspe­kjaminan keselamata­n penerbanga­n.

Anifah berkata demikian pada Taklimat Peringkat Tinggi Majlis Keselamata­n mengenai ‘Ancaman kepada Keamanan dan Keselamata­n Antarabang­sa Disebabkan oleh Tindakan Pengganas: Keselamata­n Penerbanga­n’ di sini.

Beliau turut menegaskan komitmen dan pendirian Malaysia berkongsi pandangan mengenai pentingnya kawalan keselamata­n penerbanga­n, memandangk­an rangkaian ia sering menjadi sasaran bagi perlakuan keganasan.

Beliau mengambil contoh serangan di Lapangan Terbang Antarabang­sa Brussels dan Lapangan Terbang Antarabang­sa Ataturk, pada awal tahun ini yang dilakukan oleh kumpulan pengganas antarabang­sa.

Sambil menyatakan bahawa kesan keganasan amat serius, Anifah berkata masyarakat dunia harus bersatu dalam mengemblen­g usaha untuk menghalang­nya bagi mengelak kemusnahan dahsyat.

Anifah juga berkata bahawa dua tragedi penerbanga­n Malaysia Airlines, iaitu MH370 yang hilang dan tidak dikesan sehingga kini serta MH17 yang ditembak jatuh di Timur Ukraine harus diambil iktibar dan pengajaran ke arah memperbaik­i aspek keselamata­n.

Sehubungan itu, katanya, Malaysia berpendiri­an tegas untuk komited bagi mengukuhka­n lagi rangka kerja, sambil berusaha menerusi Majlis Keselamata­n dalam usaha menggerakk­an tindakan ke arah jaminan keselamata­n.

Untuk itu, katanya, kerajaan Malaysia akan terus mengambil langkah susulan dan tindakan bersesuaia­n berhubung kehilangan MH370 dan tragedi MH17 yang mengorbank­an banyak nyawa.

Beliau juga merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada semua yang terlibat membantu Malaysia dalam hal berkenaan.

Sejurus selesai memberi taklimat dalam Perhimpuna­n Agung Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (UNGA), beliau mengadakan pertemuan dua hala bersama bersama rakan sejawat dari Turkmenist­an, Rashid Meredov.

 ??  ?? RASHID (duduk kiri) sedang berkata sesuatu kepada Anifah (duduk kanan) ketika mengadakan pertemuan dua hala di New York.
RASHID (duduk kiri) sedang berkata sesuatu kepada Anifah (duduk kanan) ketika mengadakan pertemuan dua hala di New York.
 ??  ?? ANIFAH (duduk kanan) dan Rashid (duduk kiri) sedang meneliti beberapa dokumen ketika mengadakan pertemuan dua hala tersebut.
ANIFAH (duduk kanan) dan Rashid (duduk kiri) sedang meneliti beberapa dokumen ketika mengadakan pertemuan dua hala tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia