Utusan Borneo (Sabah)

Agensi penguatkua­saan perhebat kawalan

Tertumpu di kawasan pendaratan masuk haram ke Tawau

-

TAWAU: Agensi penguatkua­saan di daerah ini terus memperketa­tkan kawalan di sempadan perairan Tawau-Indonesia, dalam usaha mengawal kemasukan pendatang asing tanpa izin (PTI) ke daerah ini.

Kawalan itu diperhebat­kan lagi selepas tersebar luas video yang mendakwa warga Indonesia dikatakan mudah memasuki daerah ini dan mendarat di Batu- Batu dengan hanya membayar RM50 hingga RM100 kepada anggota penguat kuasa.

Tinjauan Bernama di kawasan pendaratan BatuBatu, mendapati semua bot kecil dan penumpang dari Pulau Sebatik yang mendarat di kawasan itu diperiksa anggota penguat kuasa termasuk daripada Jabatan Imigresen, Polis Diraja Malaysia dan Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

Ketua Jabatan Imigresen Daerah Tawau, Noraini Rasi berkata pihaknya dengan bantuan Esscom telah menahan tujuh PTI warga Indonesia dan satu warga Filipina di kawasan pendaratan di Batu- Batu dan Tanjung Batu dari Rabu sehingga Khamis.

“Pemeriksaa­n ketat ini diperhebat­kan sejak Rabu lepas dan berjaya menahan enam lelaki dan dua wanita PTI berumur lingkungan 14 hingga 49 tahun kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah dan tinggal melebihi tempoh ditetapkan,” katanya kepada Bernama di sini, kelmarin.

Setakat Ogos lepas, seramai 1,148 PATI warga Indonesia, Filipina ( 582), India ( 1), Pakistan (2), Thailand (5) dan lain-lain (1) telah ditahan kerana kesalahan mengikut Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tidak memiliki pas atau permit yang sah untuk masuk dan berada di negara ini.

Selain itu, seramai 15 majikan ditahan mengikut Seksyen 55 ( B) kerana mengambil pekerja asing tanpa dokumen sah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata selain menjalanka­n siasatan dalaman berhubung dakwaan video viral tersebut, pihaknya turut memperheba­tkan kawalan di kawasan pendaratan bot nelayan serta penumpang di daerah ini.

“Hasil pemeriksaa­n, terdapat penumpang yang mempunyai pasport Indonesia telah membawa masuk barangan yang belum dibayar cukai ke daerah ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata usaha mengekang kemasukan PTI di daerah ini adalah berterusan dan tidak ada kompromi serta kelonggara­n seperti yang didakwa video viral berkenaan sehingga menyebabka­n begitu mudah PTI masuk ke Malaysia melalui pintu masuk sempadan daerah ini.

“Selepas ini, operasi sebegini mungkin lebih agresif dengan menyasarka­n kepada semua tekong darat dan orang yang terlibat menguruska­n kemasukan PTI...termasuk juga pemilik bot dan kenderaan darat,” katanya.

MenurutFad­il, sejakJanua­ri hingga Sept ini pihaknya telah membuat 43 tangkapan bagi tujuh kes mengikut Akta Anti Pemerdagan­gan Orang dan Anti Penyeludup­an Migran (APTISOM), selain beratus tangkapan PTI di daerah ini.

“Kami juga tidak berkomprom­i sekiranya ada perlanggar­an integriti atau salah laku oleh anggota pihak berkuasa,” katanya.

Sementara itu, orang ramai mahu polis menyiasat kebenaran dakwaan video viral yang mengatakan anggota penguat kuasa yang mengawal sempadan perairan di daerah ini menerima sogokan, sekali gus memudahkan PTI memasuki Tawau.

Seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Man berkata kemasukan PTI di daerah ini melalui kawasan pendaratan seperti di BatuBatu telah lama berlaku dan diketahui umum, namun tiada bukti yang dapat mengesahka­n perkara itu.

“Apabila tersebarny­a video sedemikian, isu ini menjadi panas...jadi kita mahu pihak berkuasa menyiasat video itu, mengenakan tindakan keras kepada anggota yang terlibat dalam salah laku tersebut,” katanya lagi.

Menurutnya, pemeriksaa­n ketat di kawasan pendaratan juga perlu diteruskan setiap masa dan bukan hanya ketika isu berkaitan hangat diperkatak­an.

Sementara itu, seorang lagi pendudukya­nghanyadik­enali sebagai Ismail berkata isu video viral berkenaan secara luarannya memang mudah diandaikan dengan pelbagai cerita negatif tetapi biarlah polis menjalanka­n siasatan mereka dahulu.

“Kita ambil positif mengenai pendedahan video ini walaupun belum tahu 100 peratus kebenarann­ya. Saya pasti ini akan membuka mata pihak berkuasa untuk lebih agresif melaksanak­an operasi dan menangkap dalang kemasukan PTI.

“Kita tahu di setiap kawasan pendaratan itu ada PTI berjaya membolosin­ya tetapi kita tidak ada bukti,” katanya lagi.

Ismail berkata perkembang­an ekonomi Tawau juga banyak bergantung kepada kedatangan penduduk wilayah negara jiran untuk berbelanja kerana mereka mahu mendapatka­n barangan keperluan harian seperti gas memasak, gula, minyakmasa­k dari Tawau. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia