Utusan Borneo (Sabah)

150 keluarga sekitar Tungku terima tangki air 1Malaysia

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

TUNGKU: Seramai 150 ketua isi rumah dari sekitar daerah menerima bantuan tangki air 1Malaysia yang diadakan Dewan Seri Panglima Ladtang Kampung Segangan, dekat sini, kelmarin.

Ahli Dewan Undangan Negeri Tungku, Datuk Mohd Suhaili Said berkata agihan tangki air 1Malaysia diharap dapat membantu rakyat luar bandar menyimpan bekalan air sebagai awasan ketika bekalan air bersih yang ada menghadapi masalah putus bekalan air.

“Bantuan ini diharap dapat dimanfaatk­an penerima kerana bekalan air yang sedia ada tidak dapat dijangka terputus berikutan masalah yang tidak dapat dielakkan.”

“Namun begitu, usaha giat yang berterusan untuk memastikan bekalan air sampai di setiap rumah di kampung- kampung di Tungku tetap menjadi keutamaan kerajaan kerana kemudahan asas ini merupakan keperluan utama penduduk,” katanya ketika ditemui selepas menyempurn­akan penyerahan bantuan itu.

Suhaili yang juga Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah berkata hampir keseluruha­n kampung di Dewan Undangan Negeri Tungku mendapat kemudahan bekalan air bersih kecuali beberapa kampung seperti Tambisan, Bengingod, Tanjung Labian dan sekitarnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata kesemua kampung tersebut akan mendapat bekalan air bersih tidak lama lagi setelah projek pembinaan loji dan pemasangan paip siap.

Menurutnya, kerajaan sentiasa mendengar denyut nadi rakyat dan pemimpin peringkat akar umbi perlu terus turun padang agar segala permasalah­an sampai ke pengetahua­n dan tindakan pihak yang berwajib.

Turut hadir pada majlis itu ialah Penolong Pegawai Daerah Kecil Tungku Jablee Jaratul, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat DUN Tungku Abdul Momen Angchai, Ketua Daerah Kecil Tungku Kamarudin Hamid.

 ??  ?? SEBAHAGIAN penerima bantuan bergambar kenangan bersama Suhaili.
SEBAHAGIAN penerima bantuan bergambar kenangan bersama Suhaili.
 ??  ?? SUHAILI
SUHAILI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia